Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di Sembilan Negeri
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga lewat petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Negeri yang terlibat ialah Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Pahang kawasan dijangka terlibat ialah Kuantan, Jerantut, Cameron Highlands, Rabuh, Bentong dan Temerloh, Johor (Tangkak dan Muar) dan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu).
Di Perak, antara kawasan dijangka terlibat ialah Kerian, Larut, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk dan Muallim manakala di Sarawak melibatkan Kuching,Serian, Samarahan, Bintulu dan Miri.
Sumber: BERNAMA