Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tiga Negeri

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Negeri
Gambar: Bernama

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tiga Negeri

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tiga negeri iaitu di Perak, Selangor dan Sarawak, hingga lewat petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan jangkaan termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Sini Banyak Lembu…”, Pemandu Terpaksa Guna LED Bagi Amaran Kereta Belakang

BACA: Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Duduki Ujian Bertutur