Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
pengurusan ubat
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Jangan Ambil Mudah, Ini Cara Simpan Ubat Ketika Banjir

Nur Alissa

Jangan Ambil Mudah, Ini Cara Simpan Ubat Ketika Banjir

Setiap kali Monsun Timur Laut (MTL) melanda negara, tentunya membawa cuaca buruk dengan taburan hujan lebih dari kebiasaan. Perkara ini mengakibatkan beberapa kawasan rendah berisiko berlakunya banjir.

Bukan sahaja kediaman terjejas, air banjir ini turut mengundang kepada bawaan penyakit air seperti taun (kolera), kencing tikus (leptospirosis), demam kepialu, penyakit mata dan banyak lagi.

Oleh itu, penggunaan ubat sewaktu musim banjir sangat penting kerana kita mudah terdedah dengan pelbagai penyakit ini.

Sudah semestinya ubat adalah benda wajib dibawa sewaktu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agar kesihatan diri terjamin.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip pengurusan ubat sebelum, semasa dan selepas banjir menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah.

Pengurusan Ubat Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir

ubat musim banjir
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sebelum Banjir

1. Simpan ubat dan rekod perubatan dalam bekas yang selamat, kalis air, mudah dicapai dan mudah dibawa.

2. Ambil gambar rekod perubatan supaya mudah dirujuk oleh pasukan perubatan.

3. Simpan nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba atau fasiliti kesihatan berhampiran.

4. Pastikan bekalan ubat mencukupi sepanjang tempoh musim banjir.

5. Simpan ubat mengikut arahan penyimpanan seperti yang dinyatakan pada label pembungkusan ubat.

ubat musim banjir
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Semasa Banjir

1. Bawa rekod perubatan atau perskripsi dan ubat ke Pusat Pemindahan Banjir jika diarahkan berpindah.

2. Ambil ubat mengikut dos dan kekerapan seperti yang diarahkan.

3. Elakkan berkongsi ubat dengan pesakit lain walaupun mengalami gejala yang sama.

4. Dapatkan bantuan pasukan perubatan jika bekalan ubat terputus.

5. Dapatkan rawatan segera jika mengalami sebarang gejala seperti demam, muntah, cirit-birit, sakit perut dan lain-lain.

ubat musim banjir
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Selepas Banjir

1. Lupuskan ubat yang telah rosak atau tercemar akibat banjir dengan cara yang betul.

2. Bawa rekod perubatan atau perskripsi untuk mendapatkan bekalan ubat gantian di fasiliti kesihatan berhampiran.

3. Dapatkan perskripsi ubat yang baharu jika perskripsi ubat yang lama hilang atau rosak.

4. Jangan lupa untuk ambil ubat seperti yang diarahkan walaupun semasa sibuk membersihkan rumah.

ubat musim banjir
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Semoga bermanfaat.

Sumber: Kenali Ubat Anda

BACA: Lebih 300,000 Mangsa Dipindahkan, Ini Sejarah Banjir Tahun 2014

BACA: Luruan Monsun Dari 8 Hingga 14 Disember Di Timur Semenanjung – METMalaysia

BACA: Peka, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir