Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Macam Anaconda, Penduduk Nampak Kelibat Ular Sawa Ketika Banjir
Seperti yang diketahui, musim tengkujuh kali ini telah menyebabkan bencana banjir di beberapa buah negeri di Malaysia termasuklah Kelantan, Kedah, Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan Terengganu.
Bencana alam banjir yang sedang melanda berikutan Monsun Timur Laut mengakibatkan beberapa negara turut terjejas. Ada yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ada juga yang tidak terkesan secara langsung.
Difahamkan, antara negara yang paling terkesan dengan banjir adalah Thailand.
Menurut laporan media, jumlah korban akibat banjir besar di selatan Thailand meningkat kepada 29 orang, dengan lebih 30,000 penduduk terpaksa berpindah dari kediaman mereka.
Lima wilayah terjejas, termasuk Pattani, Narathiwat, Songkhla, Nakhon Si Thammarat, dan Phatthalung, melibatkan lebih 155,000 isi rumah.
Ular sawa kekenyangan ‘dihanyutkan’ air banjir
Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seekor ular gergasi dilihat sedang ‘berenang’ dalam air banjir di Thailand menjadi tular di sosial media.
Menerusi perkongsian daripada @bangkokpost di TikTok, reptilia dipercayai ular sawa itu dikatakan baru sahaja menelan seekor anjing berdasarkan perutnya yang kelihatan besar.
Video berdurasi 00:45 saat itu sekaligus mencetuskan kebimbangan penduduk di selatan Thailand sekiranya golongan anak kecil tidak menyedari kelibat ular terbabit apabila berada di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, ramai pengguna TikTok menganggap bahawa reptilia itu sudah mati, manakala pergerakannya mungkin disebabkan oleh arus air banjir.
Dalam pada itu, mereka turut berpendapat bahawa video yang dikongsikan ini adalah sebahagian video yang dihasilkan menerusi kecerdasan buatan (AI).
Video berkenaan mendapat 14.4 juta tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen tentang ular tersebut.
Dalam masa sama, ada juga yang membandingkan saiz ular sawa itu dengan anaconda. Malah ada yang menggangap bahawa ular terbabit telah menelan manusia sebelum ia mati.
BACA: “Sini Banyak Lembu…”, Pemandu Terpaksa Guna LED Bagi Amaran Kereta Belakang
BACA: Ada Yang Ragut Hingga Jutaan Nyawa, Ini 5 Peristiwa Banjir Terburuk Dunia