Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
malaysia kebaya
Tiada Kategori

Malaysia Berjaya Mendapat Pengiktirafan Warisan Tidak Ketara UNESCO Untuk Kebaya

Nurul Naqiyah

Malaysia Berjaya Mendapat Pengiktirafan Warisan Tidak Ketara UNESCO Untuk Kebaya

4 Disember 2024 – Malaysia telah berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya yang diumumkan pada hari ini sempena sesi-19 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage (IGC ICH) yang diadakan pada 2 – 7 Disember 2024 di Asuncion, Paraguay.

Keputusan pencalonan Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practices bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity yang merupakan pencalonan secara bersama Malaysia dengan Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand telah diumumkan pada 4 Disember 2024 jam 9.50 malam waktu Malaysia. Kejayaan penyenaraian ini menjadikan tiga pencalonan secara bersama atau multinational nomination telah berjaya diperoleh Malaysia, terdahulu adalah pantun bersama Indonesia (2020) dan Upacara Wangkang bersama China (2020).

Penyenaraian yang cukup berprestij ini telah diputuskan oleh Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage, UNESCO yang dianggotai oleh 24 Negara Anggota 2003 Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage. Pengiktirafan ini lebih bermakna apabila Badan Penilai (Evaluation Body) UNESCO telah mengiktiraf dossier pencalonan kebaya sebagai contoh dossier pencalonan yang jitu dan berprestij bagi fail pencalonan bersama atau multinational file.

malaysia kebaya

Beberapa siri bengkel telah diadakan bagi melengkapkan dossier pencalonan kebaya. Selaku negara yang menerajui inisiatif ini, Malaysia telah menganjurkan bengkel siri pertama pada 1 – 3 November 2022 di Port Dickson, Negeri Sembilan yang disertai oleh wakil dari Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Bengkel siri kedua pula telah dianjurkan oleh Kerajaan Indonesia pada 6 – 8 Februari 2023 di Jakarta, Indonesia. Selain bengkel secara bersemuka, MOTAC juga telah mengadakan mesyuarat secara berkala dalam talian bagi melengkapkan maklumat pencalonan bersama.

Pengiktirafan ini meningkatkan visibiliti Malaysia di peringkat dunia sebagai negara dengan khazanah warisan kebudayaan tidak ketara yang berpotensi menjadi produk pelancongan serta menyumbang kepada ekonomi. Kejayaan ini adalah hasil usaha kolektif, termasuk kerjasama erat dengan anggota negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia, Singapura, dan Thailand, yang bersama-sama mempromosikan kebaya sebagai simbol warisan serantau. Ia juga merupakan tanggungjawab bersama untuk memastikan warisan seni budaya ini terus dilestarikan bagi generasi akan datang.

Kejayaan pengiktirafan kebaya sebagai warisan tidak ketara UNESCO ini adalah hasil kerjasama strategik di antara keluarga besar MOTAC termasuklah Jabatan Warisan Negara, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO dan Kementerian Luar Negeri. Ini juga mempamerkan kepimpinan Malaysia di persada dunia sebagai usaha untuk menduduki Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi 2025-2029.