Pelakon, Lan Zailan Hidap Kanser Pankreas Tahap 4
Pelakon tempatan, Lan Zailan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.
Berita duka itu dimaklumkan oleh isterinya, Rubysara Omar menerusi satu hantaran di Facebook, semalam.
Menurut Rubysara, doktor memberitahu bahawa sel kanser berkenaan turut sudah merebak ke organ hati dan paru-paru.
Lan Zailan atau nama sebenarnya, Zailan Kamaruddin Mohd berada di bawah pemantaun doktor dan berada dalam keadaan stabil.
Lan Zailan hidap kanser pankreas tahap 4, sudah merebak ke hati dan paru-paru
“Doktor akan berbincang dengan ahli keluarga untuk rawatan selanjutnya. Sama-sama kita doakan kebaikan dan kesembuhan buat Lan Zailan,” ujar hantaran itu.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Lan Zailan telah dimasukkan ke dalam PPUM akibat batuk berpanjangan sejak 29 November lalu.
Difahamkan, pelakon itu mulanya hanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan, namun keadaannya tidak berubah dan terpaksa dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
BACA: Budaya Sarapan Di Malaysia Diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
https://www.facebook.com/lan.zailan.54/posts/pfbid02egKzqTxyE93uykbHWuEhwTMaLsnEaMev3HR4ec4PMvuwyh9fZmFjqnfi1987E4oQl
BACA: Macam Anaconda, Penduduk Nampak Kelibat Ular Sawa Ketika Banjir
Lan Zailan merupakan antara pelakon senior tanah air dan banyak membintangi pelbagai filem serta drama yang sering ditayangkan di kaca televisyen.
Antara naskah yang pernah mendapatkan khidmat beliau termasuklah Santan Berlada, Rumah Kedai, Gerak Khas, Tanah Kubur dan Metro Skuad.
Sumber: Lan Zailan via Facebook