“Beli kek hari lahir sendiri..” Pekerja Buat Kejutan Untuk “Aunty” Undang Sebak Netizen
Hari lahir merupakan tanggal keramat dalam hidup setiap orang. Lazimnya ia diraikan bersama orang-orang tersayang bagi mengenang kembali momen kehadiran insan dalam hidup mereka.
Seperti yang diketahui, kek cukup sinonim dan ibarat pelengkap dalam sambutan hari lahir, sama ada disambut dengan penuh kesederhanaan mahupun beramai-ramai.
Walau bagaimanapun, berbeza pula seorang wanita tua ini menyambut hari penuh bermaknanya.
Menerusi perrkongsian video @sundaydo.hq di akaun TikTok memaparkan kelibat seorang aunty memasuki ruangan sebuah kedai kek.
Dalam klip tersebut, dia berdiri hadapan kek-kek yang diletakkan di balik cermin sebelum menyapa salah seorang pekerja untuk membelinya.

Mengetahui niat wanita itu membeli untuk kek menyambut hari lahirnya, pekerja berkenaan enggan menerima wang bayaran kek itu walaupun beberapa kali mahu dibayarnya.
Seketika kemudian, kelibat aunty itu meraikan hari kelahiran seorang diri, mengundang sebak beberapa kakitangan kedai yang melihat.
Berikutan, kakitangan kedai mengambil keputusan menegur semula wanita itu sebelum dia mahu ke kedai di hadapan sebentar.
Buat kejutan hari jadi untuk aunty
Tanpa pengetahuannya, beberapa pekerja kedai itu membuat kejutan kecil untuknya bersama sepotong kek.
Walaupun disambut secara sederhana, namun ia cukup bermakna buat wanita itu selepas dia mengalirkan air mata sejurus kembali semula ke kedai berkenaan.
“Time nyanyi birthday ni, kita semua memang tak boleh tahan sebak dah,” tulis klip itu.

Turut kelihatan beberapa pekerja tidak dapat menahan sebak dan mengesatkan air mata sewaktu meraikan sambutan hari lahirnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak melihat kelakuan wanita itu. Bahkan, sebahagian mereka turut memuji tindakan yang dilakukan pekerja kedai berkenaan.
Berikut antara komen pengguna;
“Bergetar-getar bibir aku tahan nangis time kerja,” kata seorang warga.
“Boleh tak kalau nak nangis tu, korang je nangis. Janganlah ajak aku,” komen seorang pengguna.
“Terima kasih orang baik. Walaupun sepotong kek tapi nilai kemanusiaan tu lagi manis dari kek,” ujar seorang lagi.
@sundaydo.hq Business has its ups and downs, and there have been countless moments when I felt like giving up. But moments like this- witnessing her tears of joy as we sang for her, remind us why we do what we do. This is the reason we keep going. It’s what drives us, and it always will.
Sumber: TikTok @sundaydo.hq