Nilai Bitcoin Berjaya Cecah USD100,000 Buat Pertama Kali
Harga satu Bitcoin dilapor mencecah angka USD100,00 buat pertama kali pada malam Rabu, lapor Business Insider.
Nilai mata wang kripto itu terus menunjukkan trend peningkatan apabila berjaya melepasi angka tertinggi tersebut dan berlegar sekitar USD100,000 hingga 103,000 pada pagi ini.
Difahamkan, Bitcoin berjaya mencapai nilai angka yang diidam-idamkan itu susulan sentimen positif dalam kalangan pelabur matawang kripto berterusan semenjak kemenangan Donald Trump dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Matawang kripto berkenaan didagangkan kira-kira USD100,400 pada pukul 9.30 malam semalam dan sempat mencapai nilai USD103,000 pada pagi keesokan hari.
Menurut Business Insider, Bitcoin menghampiri angka USD100,000 pada bulan lepas namun nilainya jatuh semula susulan aktiviti mengambil keuntungan oleh para pelabur.
Bitcoin cecah USD100,000 buat pertama kali, nilai tertinggi dalam sejarah
Ia kemudian secara berterusan berdepan halangan psikologi untuk mencecah angkat tersebut, sehinggalah rekod tercipta pada Rabu.
Dalam pada itu, para pemerhati berpendapat bahawa matawang kripto terbesar itu mempunyai potensi untuk terus meningkat di masa hadapan.
Sebelum ini, Bitcoin didagangkan pada paras USD70,000 pada hari Pilihanraya Presiden AS dan terus melonjak sebaik sahaja Trump diumumkan sebagai pemenang.
Penganalisis di Standard Charteredberkata, nilai Bitcoin boleh meningkat mencecah USD125,000 menjelang hujung tahun ini.
Manakala seorang penganalisis di Piper Sandler pula meramalkan nilai matawang kripto itu mampu mencapai USD130,000 bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Pengerusi MicroStrategy dan pelabur bitcoin, Micheal Saylor berkata ramalan jangka panjang memperlihatkan Bitcoin mempunyai potensi untuk mencapai nilai setinggi USD13 juta menjelang 2045.
Harga bitcoin naik 133% dari tahun ke tahun
Dalam perkembangan terbaru, Trump dilapor telah mencalonkan Paul Atkin untuk mengepalai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat.
Pencalonan tersebut memberi keyakinan tinggi kepada para pelabur kripto kerana Paul dikenali sebagai seorang individu yang pro dengan matawang tersebut.
Malah, beliau sebelum ini juga merupakan Pengerusi Bersama Pakatan Token Dewan Perniagaan Digital, iaitu sebuah inisiatif khas yang menerajui sektor berkenaan.
Jika pencalonan itu disahkan, Paul akan menggantikan Gary Gensler yang dikenali kerana pendekatannya yang lebih agresif semasa memantau kripto.
BACA: Budaya Sarapan Di Malaysia Diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
BACA: Macam Anaconda, Penduduk Nampak Kelibat Ular Sawa Ketika Banjir
BACA: Malaysia Berjaya Mendapat Pengiktirafan Warisan Tidak Ketara UNESCO Untuk Kebaya
Sumber: Business Insider