Siakap Keli
Presiden Syria Tinggalkan Damsyik
Gambar: OMAR HAJ KADOUR/AFP

Presiden Syria, Bashar Dipercayai Tinggalkan Damsyik Selepas Pemberontak Masuk Ibu Kota

Presiden Syria, Bashar Dipercayai Tinggalkan Damsyik Selepas Pemberontak Masuk Ibu Kota

BEIRUT —  Presiden Syria, Bashar al-Assad dipercayai menaiki pesawat dan meninggalkan Damsyik ke destinasi yang tidak diketahui, maklum dua pegawai kanan tentera kepada sumber.

Memetik USA Today, difahamkan pemberontak memberitahu bahawa mereka telah memasuki ibu negara itu tanpa sebarang tanda penempatan tentera.

“Kami meraikan bersama rakyat Syria berita membebaskan tawanan kami dan melepaskan rantai mereka serta mengumumkan berakhirnya era ketidakadilan di penjara Sednaya,” kata pemberontak.

Menurut data dari laman web Flightradar, sebuah pesawat Syrian Air berlepas dari lapangan terbang Damsyik sekitar masa ibu negara itu dilaporkan telah diambil oleh pemberontak

Pesawat itu pada mulanya terbang ke arah kawasan pantai Syria, tetapi kemudian membuat pusingan U secara tiba-tiba dan terbang ke arah bertentangan selama beberapa minit sebelum hilang.

Sementara itu, ketua kumpulan pembangkang utama Syria di luar negara Hadi al-Bahra Syrian pada hari ini turut mengisytiharkan bahawa Damsyik kini “tanpa Bashar al-Assad”.

Hanya beberapa jam sebelum itu, pemberontak mengumumkan bahawa mereka telah menguasai sepenuhnya bandar utama Homs selepas hanya sehari berperang, meninggalkan pemerintahan 24 tahun Assad bergelantungan.

Bunyi tembakan yang kuat kedengaran di tengah-tengah Damsyik, kata dua penduduk pada Ahad, walaupun tidak jelas punca tembakan itu.

Di kawasan luar bandar di barat daya ibu negara, belia tempatan dan bekas pemberontak mengambil kesempatan daripada kehilangan kuasa untuk turun ke jalanan dalam tindakan menentang pemerintahan autoritarian keluarga Assad.

Pada 29 November lalu, kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (dahulunya dikenali sebagai Nusra Front, yang diharamkan di Rusia) bersama beberapa kumpulan bersenjata lain telah melancarkan operasi besar-besaran terhadap kerajaan Syria, bergerak dari utara wilayah barat laut Idlib ke arah bandar Aleppo dan Hama, petik Astro AWANI.

Aleppo, bandar kedua terbesar di Syria kemudiannya telah ditawan sepenuh buat kali pertama sejak konflik bermula pada 2011, sehari kemudian.

Pada 5 Disember, Kementerian Pertahanan Syria mengesahkan bahawa angkatan bersenjata Syria telah berundur dari bandar Hama selepas pertempuran.

BACA: Taska Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Di Premis Tahun Depan – Nancy

BACA: Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

Sumber: USA Today

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.