Putrajaya & Nilai Dilanda Banjir, Banyak Kereta Ditenggelami Air
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) petang tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan kebanyakan kawasan di Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Akibat cuaca buruk ini, Presint 11 di Putrajaya dilaporkan dilanda banjir kilat.
Gambar dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya terjejas teruk.
Banyak kereta yang diparkir di hadapan sekolah tersebut kelihatan ditenggelami air selepas hujan lebat melanda selama beberapa jam.
https://x.com/syarilsaid/status/1865701516222550349?s=46
Dalam pada itu, selain Putrajaya, kawasan Nilai di Negeri Sembilan turut terkesan.
Video yang dimuat naik oleh orang awam menunjukkan sebuah kenderaan terperangkap di bawah Jambatan Nilai (Taman Semarak) akibat banjir dan air deras.

Selain itu, beberapa kereta lain juga dilaporkan tenggelam di lokasi seperti Stesen Shell dan Public Bank Pekan Nilai Lama.



Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa yang berlaku akibat kejadian ini.
Orang ramai diingatkan untuk terus berhati-hati dan mengelakkan kawasan yang terjejas bagi mengelakkan sebarang risiko.
BACA: Ini Kata Pelajar Mat Saleh Tentang Budaya Mamak Di Malaysia, Perkongsian Tarik Perhatian Ramai
BACA: Anak Kongsi Perbualan Sebelum Ayah ‘Pergi’ Buat Ramai Sebak
BACA: “Rehat la..” Khairul Aming Terima Rawatan Dipercayai Akibat Kepenatan
Sumber: Orang awam via Facebook