Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Perbualan sebelum ayah pergi
Kredit: TikTok @milaaahmad_

Anak Kongsi Perbualan Sebelum Ayah ‘Pergi’ Buat Ramai Sebak

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Anak Kongsi Perbualan Sebelum Ayah ‘Pergi’ Buat Ramai Sebak

Insan bergelar “ibu” dan “ayah” ibarat hadiah terindah daripada Maha Pencipta, harta yang takkan ada galang ganti.

Ibu, dengan kasih sayangnya yang tak pernah habis, sentiasa ada untuk menjaga dan melindungi.

Ayah pula, dengan tegas dan kasih, mendidik kita dengan nasihat yang jadi bekalan hidup sampai ke hujung usia.

Sebagai anak, ada masanya kita leka. Kita sibuk merungut penat bekerja, serabut dengan masalah hidup, letih nak kejar impian.

Tapi, kita lupa bahawa saat kita makin dewasa, masa kita bersama ibu bapa juga semakin pendek, mereka semakin meniti usia senja.

Dulu, mereka yang kuat untuk kita. Hari ini, mereka semakin lemah.

Kalau dulu kita bersandar pada bahu mereka, kini giliran mereka pula memerlukan kita sebagai tempat berpaut.

“Terima kasih” nampak ‘sederhana’, tapi tak semua berpeluang lafazkan

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial apabila seorang anak perempuan berkongsi rakaman ‘deep talk’ bersama ayahnya, hanya sebulan sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Dalam video itu, si anak bertanya soalan yang cukup menusuk jiwa, “Ayah takut tak nak hadapi ‘saat-saat’ itu?”

“Saat itu memang Allah beri rasa. Nabi pun sakit. Hadapi jelah, sekejap. Sekarang ni kepala pun macam kena gerudi. Kalau Allah tak tolong, memang teruknya,” balas ayahnya.

Ayahnya menambah, setiap ketentuan Allah adalah tanda kasih sayang-Nya.

“Allah tak aniaya kita. Allah kasih kat kita sebab Allah sayang. Kita banyak sebut nama Dia, walaupun kita bukan orang alim,” kata ayahnya.

Si anak kemudian bertanya, apakah nasihat atau pengajaran terbesar yang ayahnya pelajari sepanjang hidup.

Jawapan si ayah benar-benar membuka mata sesiapa yang mendengarnya dengan hati terbuka.

Lebih menyayat hati, ketika mereka berbual, kedua-duanya menitiskan air mata.

Dalam nada yang bergetar, si anak sempat mengucapkan “Terima kasih” buat sosok insan yang telah menjadi ayah terbaik buat anak-anak.

Ungkapan kecil tetapi sangat bermakna. Tidak semua berpeluang untuk menyatakan penghargaan ini kepada ibu bapa mereka sebelum terlambat.

BACA: Lelaki Redah Banjir, Selamatkan Banyak Kucing Terkurung Dalam Sangkar

Dalam satu lagi video yang dikongsi, si anak berkongsi detik-detik terakhir bersama ayahnya.

Ketika itu, hanya dia yang berada di rumah. Dia duduk di sisi ayahnya, mengajarkan dua kalimah syahadah.

“Waktu ni nampak ayah lain sangat. Rasa memang ayah akan pergi. Ayah baring atas riba. Hati rasa takut dan tak sedia nak hilang ayah, tapi cuba kuatkan hati,” tulis si anak.

Menyaksikan saat-saat itu, katanya, terasa seperti mimpi hingga kini.

Inilah sebabnya kita perlu menghargai mereka selagi mereka ada. Peluk mereka, tanya khabar mereka, duduk borak lama-lama.

Percayalah, saat mereka tiada nanti, rindu itu akan datang tanpa henti, dan waktu itu, kita cuma mampu berharap, “Kalaulah mereka masih ada…”

BACA: Petugas Barisan Hadapan ‘Rempuh’ Banjir Untuk Sampai Ke Tempat Kerja, Raih Doa Ramai

BACA: Pak Cik Ni Viral Lagi, Kali Ni ‘Comeback’ Sebab Tiub Oksigen ‘Salah Lobang’

Sumber: TikTok @milaaahmad_