Siakap Keli
Lelaki Berniaga Tepi Tingkap
Sumber: TikTok @abangtingkapp

“Makanan dari langit..”, Lelaki Berniaga Tepi Tingkap Curi Perhatian Ramai

Begitulah seorang lelaki menerusi video di akaun TikToknya, @abangtingkapp,  hanya menjalankan perniagaan kecil melalui tepi tingkap rumah.

Menariknya, lelaki dari Langkawi ini hanya menjual tiga menu makanan sahaja iaitu Nasi Goreng, Kuew Teow Goreng dan Mee Goreng.

Walau bagaimanapun, keunikannya dalam berniaga membuatkannya tidak menang tangan, bahkan video perniagaannya tular di media sosial.

“Order je, makanan turun dari langit..”

abang tingkap
Sumber: TikTok @abangtingkapp

Dalam beberapa klip yang dimuat naik olehnya, memaparkan pelanggan datang ke kedainya untuk mengambil makanan.

Uniknya, makanan tersebut akan diletakkan di dalam bakul oleh Abang Tingkap dan diturunkan menggunakan tali yang diikat pada bekas itu dari atas tingkap rumahnya.

Siapa sebenarnya Abang Tingkap?

Sumber: TikTok @abangtingkapp

Disebalik kisah rezekinya yang semakin terbuka luas, terselit kisah dan cabaran sebelum wujudnya ” kedai Abang Tingkap”.

Maklum Abang Tingkap dalam satu hantaran, dia sebelum ini merupakan seorang tukang masak di sebuah restoran.

Bagaimanapun, dia terlibat dalam satu kemalangan beberapa bulan lalu, yang menyebabkan dia tidak dapat bekerja susulan tidak mampu untuk berdiri dalam tempoh yang lama.

Disebabkan duit simpanan yang hampir habis, dia mengambil keputusan untuk berniaga dari rumah secara self-pickup, bagi menampung kos perbelanjaan harian dan ubatan ketika cuti sakit.

abang tingkap
Sumber: TikTok @abangtingkapp

Namun, siapa sangka ujian terlibat dalam kemalangan itu menjadi pintu rezeki untuknya hingga kini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif apatah lagi makanan yang dihasilkan meraih sambutan hangat.

Berikut antara komen warganet;

“Saya belum makan lagi saya dah tahu nasi goreng tu sedap. Tengok je saya dah tahu sedap,” kata seorang warga.

“Baru tadi ada orang review makanan. 5 ringgit selambak, puas makan,” ujar seorang lagi.

@abangtingkapp

Ada yang nak belanja customer abang tingkap tapi adik ni pula dia lak fowardkan. ishhh kowang ni semua baik baik.. #abangtingkap #abangtingkaplangkawi #nasigorengabangtingkaplangkawi #langkawi #langkawifoodie #nasigorengabangtingkap

♬ original sound – abangtingkapp – abangtingkapp

Sumber: TikTok @abangtingkapp

BACA: “Jangan terburu-buru..” Ini Tip Bersih & Selamatkan Barang Elektrik Ditenggelami Banjir

BACA: “Beli kek hari lahir sendiri..” Pekerja Buat Kejutan Untuk “Aunty” Undang Sebak Netizen

BACA: 396 Lagi Pekerja Boeing Di Washington Hilang Pekerjaan

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.