Nak Beli Tiket Penerbangan Dengan Harga Murah? Ikuti 7 Tip Ini
Melancong merupakan salah satu pengalaman yang indah buat semua orang. Sebaik sahaja anda destinasi untuk bercuti sudah diputuskan, perkara pertama yang harus dipertimbangkan adalah bajet.
Salah satu perkara yang perlu diambil berat dalam bajet percutian adalah tiket pengangkutan pergi dan balik.
Bagaimanapun, sesiapa sahaja terutama yang kaki travel selalu berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Lebih-lebih lagi harga tiket penerbangan yang seringkali melambung tinggi.
Tetapi tahukah anda? Sebenarnya terdapat beberapa tip yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan harga tiket yang jauh lagi murah daripada harga asal.
Berikut adalah beberapa tip untuk membeli tiket penerbangan murah dan berbaloi;
1. Beli Tiket Lebih Awal
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah buat tempahan tiket awal.
Kebiasaannya, syarikat penerbangan menawarkan harga tiket yang lebih rendah sekiranya anda membuat pembelian lebih awal.
Tempahan tiket boleh dibuat sekurang-kurangnya enam bulan awal untuk penerbangan antarabangsa dan tiga bulan awal untuk penerbangan domestik.
2. Beli Tiket Ketika Promosi
Selain itu, cara mudah untuk anda membeli tiket penerbangan yang murah adalah ketika syarikat penerbangan sedang membuat promosi.
Sewaktu promosi, syarikat penerbangan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga biasa, menjadikan ia waktu terbaik untuk membeli tiket.
3. Beli Tiket Pada Hari Selasa dan Rabu
Ramai yang tidak mengetahui, hari Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari yang terbaik untuk anda membeli tiket penerbangan.
Ini kerana, kebanyakan syarikat penerbangan mengetahui orang ramai akan mencari dan membeli tiket pada hujung minggu.
BACA : 8 Tip Jimat Terbaik Semasa Melancong Anda Kena Tahu
4. Elak Beli Tiket Pada Waktu Peak Season
Elakkan membeli tiket sewaktu musim puncak (Peak Season) seperti musim perayaan, musim cuti sekolah, cuti umum atau musim (season).
Kebiasaannya, harga tiket akan lebih mahal berbanding hari biasa ketika musim ini.
5. Beli Tiket Satu Hala
Mungkin ramai di antara kita yang gemar untuk membeli tiket pergi dan balik dalam satu pembelian.
Walaupun ia memudahkan urusan pembelian, akan tetapi jika anda membeli tiket secara satu hala sebenarnya jauh lebih jimat.
Ini kerana tiket untuk penerbangan direct flight biasanya jauh lebih mahal berbanding harga tiket transit.
Sekiranya anda ingin berjimat, anda boleh sahaja transit di mana-mana negara sebelum membuat penerbangan seterusnya.
6. Guna Laman Web Perbandingan Harga
Sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli tiket penerbangan, pastikan anda membuat perbandingan harga tiket terlebih dahulu, sebagai satu langkah bijak.
Caranya dengan melayari laman web atau aplikasi seperti Skyscanner, Kayak atau Google Flights. Secara tidak langsung anda mampu mendapatkan harga tiket yang jauh lagi murah.
Sebagai contoh, laman web Skyscanner akan membuat perbandingan harga dan memberikan senarai penerbangan mana yang lagi murah.
7. Clear “Cache”
Mungkin ramai yang belum tahu, melayari mana-mana laman web penerbangan tanpa membuang atau memadam segala browser cookies boleh menyebabkan harga tiket berlainan.
Ini kerana, laman web tersebut dapat mengesan anda pernah melayari laman web mereka sebelum ini (dalam tempoh 30 hari sebelum).
Oleh itu, pastikan anda memadam segala browser cookies terlebih dahulu sewaktu ingin membeli tiket penerbangan di laman web penerbangan.
Dengan mengikuti tips ini, anda boleh mendapatkan tiket penerbangan yang lebih murah dan berbaloi untuk perjalanan anda.
BACA : Cara Mohon Pas My50 MyRapid, Bayar RM50 Guna 30 Hari
Sumber : Direct Landing, Trip.com