Siakap Keli
Gambar: Ig Faisal Halim

Faisal Halim Antara Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Kepute­raan Sultan Selangor

Faisal Halim Antara Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Kepute­raan Sultan Selangor

KLANG — Pemain penyerang Selangor FC, Muhammad Faisal bin Abdul Halim termasuk 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Kepute­raan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79.

Memetik Astro AWANI, Muhammad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim termasuk 17 penerima Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah selain dua individu menerima Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor dan tujuh individu untuk Bintang Perkhidmatan Cemerlang.

Momen bermakna itu turut dikongsikan Faisal yang memuat naik foto di akaun Instagram rasmi miliknya sebentar tadi.

https://www.instagram.com/p/DDbP6jzPSqR/?hl=en

Darjah, Bintang Kebesaran Kepute­raan Sultan Selangor

Mendahului senarai penerima adalah Ketua Pengarah Per­khid­matan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dengan dikurnia darjah Paduka Mahkota Selangor (SPMS) dengan gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Eksekutif The Edge Communications Sdn Bhd, Tan Sri Tong Kooi Ong juga individu yang dianugerahkan gelaran Datuk Seri, dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor yang berlangsung di Istana Alam Shah hari ini.

BACA: Pilu, Pengantin Wanita Meninggal Dunia Pada Hari Perkahwinan

Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) turut mengurniakan darjah Dato’ Setia dengan gelaran Datuk kepada Anggota Lembaga Pengampunan Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman.

Manakala Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dianugerahkan oleh Sultan Sharafuddin kepada 11 penerima.

Ia termasuklah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Sharrina Abdullah; Duta Besar Malaysia Ke Maghribi, Shahabudeen Adam Shah dan Hakim Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur, Evrol Mariette Peters.

Pengurniaan ini membawa kepada gelaran Datuk bagi penerima lelaki dan Datin Paduka bagi pe­nerima wanita.

Sementara itu, Anugerah Darjah Kebesaran Dato’ pula dikurniakan kepada Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

Turut menerima anugerah itu termasuklah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr.Sirajuddin Suhaimee dan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais.

Seterusnya, Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Selangor, Dr Muhammad Ayman al-Akiti; Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Zakat Selangor, Badariah Abd Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Nur-ul Afida Kamaludin selain sembilan ahli korporat.

Pemain boling negara, Natasha Mohamed Roslan, tidak terkecuali dianugerahkan Ahli Kegemilangan Sukan Selangor sempena Hari Keputeraan itu.

Sumber: Astro AWANI

BACA: David Coote Dipecat Dari EPL

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.