Pilu, Pengantin Wanita Meninggal Dunia Pada Hari Perkahwinan
Hari bahagia pasangan pengantin berakhir duka apabila pengantin wanita, Rika Amiyana meninggal dunia pada hari perkahwinannya selepas akad nikah, lapor Liputan6.
Insiden meruntun jiwa itu berlaku pada Khamis lalu di kediamannya di Desa Air Naningan, Kabupaten Tanggamus, Lampang.
Menurut suami NurKholic, isterinya pada awal pagi tidak menampakkan sebarang perubahan sebelum majlis bermula.

Bagaimanapun, dia menyedari keadaan itu selepas Rika mengadu sakit di bahagian kaki sewaktu disapa ramai tetamu jemputan.
“Saya kemudian meminta dia duduk sebab tak larat untuk berdiri. Tidak lama kemudian, dia pengsan,” katanya.
Susulan itu, Allahyarhamah dikejarkan ke Hospital Secanti Gisting dalam keadaan kritikal dan disahkan meninggal dunia.
Tambah suaminya, Allahyarhamah ada membuat pemeriksaan kesihatan di hospital bersamanya sebelum hari perkahwinan dan mendapati kesihatannya berada dalam keadaan baik.
BACA: Hari Pernikahan Bertukar Duka, Kisah Pilu Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Sejam Sebelum Diijabkabul
Difahamkan, Allahyarhamah mempunyai sejarah sakit jantung sejak kecil namun tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum ini.
Terdahulu, seorang pengantin wanita meninggal dunia lima minit selepas diijab kabul tahun lepas.
Dalam video berdurasi satu minit itu menunjukkan sebuah van jenazah berwarna hitam membawa masuk jenazah ke halaman rumah yang sudah lengkap dengan khemah perkahwinan.
Sewaktu van tersebut tiba, sebahagian penduduk turut membantu untuk mengeluarkan keranda dari dalam kenderaan tersebut.
“Setelah lima minit ijab kabul, mempelai menghembuskan nafas terakhir menghadap Ilahi,” tulis pemilik akaun.
Allahyarhamah yang dikenali sebagai Dwi Otaviani, 39, bersama pasangannya, Dewi, melangsungkan perkahwinan di Jalan Iswahyudi, daerah Kalidoni di Kota Palembang pada pagi 2 Julai.
Difahamkan, Dwi tidak sedarkan diri beberapa saat sejurus dinikahkan. Susulan itu, pengantin wanita itu telah dikejarkan ke Rumah Sakit Dr. Mohammad Hoesin (RSMH), Palembang.
Walau bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia selepas itu.
BACA: Keputusan 115 Dakwaan Terhadap Man City Bakal Diketahui Tahun Depan
BACA: “Insya-Allah..Insya-Allah..” – Cristiano Ronaldo Jr
BACA: David Coote Dipecat Dari EPL
Sumber: Liputan6.com