Siakap Keli
Telefon Dicuri Ketika Solat Isyak
Kredit: @yedowski_ via TikTok

Telefon Dicuri Ketika Solat Isyak, Tok Siak Menangis Terharu Terima Hadiah Dari Geng Surau

Telefon Dicuri Ketika Solat Isyak, Tok Siak Menangis Terima Hadiah Dari Geng Surau

Seiring dengan peredaran zaman, penggunaan telefon pintar menjadi satu keperluan yang wajib dimiliki oleh setiap orang. Ia turut menjadi peranti penting yang memudahkan urusan harian pengguna.

Telefon pintar turut digunakan untuk mengetahui maklumat ramalan cuaca sehingga kepada peristiwa dunia semasa, pelbagai jawapan boleh dicari semudah A B C dengan adanya internet.

Selain itu, ia dapat memudahkan perjalanan seseorang ke sesuatu destinasi, membantu anda jika berada dalam kecemasan dan kekal berhubung bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang berjauhan.

Telefon tok siak dicuri, geng surau buat kejutan beri telefon baru

Baru-baru ini, reaksi sebak seorang tok siak sewaktu menerima telefon baharu daripada jemaah surau telah menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian @yedowski_ di TikTok, bilik tok siak atau dikenali sebagai Wak Ismail telah dipecah masuk semasa solat isyak.

Dalam kejadian tersebut, Wak Ismail kehilangan telefon bimbitnya akibat dicuri individu tidak bertanggungjawab.

@yedowski_ berkata, tok siak tinggal di sebuah bilik di Surau Al-Kautsar dan memang menjaga kawasan berkenaan sejak bertahun lama.

Kejadian berkenaan membuatkan Wak Ismail tidak dapat melakukan rutin hariannya yang menghubungi keluarga di Indonesia memandangkan dia tidak mempunyai telefon lain.

Wak Ismail terkejut, lalu menangis ketika terima hadiah

“Jadi kami barisan pemuda berpakat mengutip sumbangan kepada tok siak kami. Terlalu banyak jasanya kepada masyarakat setempat dan Surau Al-Kauthar,” ujar @yedowski_.

Menerusi video berdurasi 01:01 minit itu, dapat dilihat Wak Ismail terkejut sewaktu bungkusan berisi telefon bimbit diletakkan di belakangnya ketika sedang duduk berkumpul bersama jemaah yang lain.

Beliau yang nampak terharu sempat menitiskan air mata kerana tidak menyangka menerima hadiah yang cukup bermakna untuknya.

Video berkenaan mendapat 497.6k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mengucapkan terima kasih kepada orang-orang baik yang memiliki sikap prihatin terhadap saudara sesama Islam.

Pada masa yang sama, ramai yang memuji sikap pemuda-pemuda berkenaan kerana dapat mengembirakan hati Wak Ismail dengan kebaikan yang dilakukan.

Malah ada yang berkongsi pengalaman mereka sewaktu pernah berdepan kesusahan dan dibantu oleh orang yang baik.

BACA: “Sini Banyak Lembu…”, Pemandu Terpaksa Guna LED Bagi Amaran Kereta Belakang

@yedowski_

Our Siak, Wak Ismail. @SurauAlkauthar

♬ original sound – zayed. – zayed.

Sumber: @yedowski_ via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.