Intan Najwa Timang Cahaya Mata Perempuan
Pelakon Datin Intan Najwa dan suaminya, Datuk Azraf Azman selamat menimang cahaya mata sulungnya, lapor Astro Gempak.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon berusia 27 tahun berkenaan menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasmi miliknya, memaparkan swafoto dirinya bersama bayi perempuan.
Difahamkan, anak sulung pasangan itu diberikan nama Imane Lunara.
“Selamat datang ke dunia, our precious baby girl, Imane Lunara,” tulisnya dalam hantaran itu.
https://www.instagram.com/p/DDlflQeyGSF/?hl=en
Menjengah ke ruangan komen, khabar gembira itu turut bukan sahaja mencuri perhatian peminat namun, termasuk golongan selebriti seperti Wany Hasrita, Idris Khan, Mira Filzah dan Fatin Afeefa.
“Yay sama birthday,” komen Idris Khan.
“Congratulations ! Semoga membesar dengan sihat, cantik, comel & bijak,” komen Janna Nick.
“Alhamdulillah, tahniah Intan sayang,” tulis Mira Filzah.
Untuk makluman, Intan dan Datuk Azraf Azman yang juga seorang ahli perniagaan melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2024.
Sumber: Astro Gempak
BACA: Mikheil Kavelashvili Dipilih Sebagai Presiden Georgia
BACA: AMEC 2024: Penyokong Harimau Malaya Cedera ‘Diserang’ Di Thailand