Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengasas Mango, Isak Andic Maut Terjatuh Tebing Di Sepanyol

Hannah
Pengasas Mango maut
Gambar: AFP

Pengasas Mango, Isak Andic Maut Terjatuh Tebing Di Sepanyol

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol, menurut pengumuman syarikat itu, lapor Xinhua.

Jutawan berusia 71 tahun itu dilaporkan tergelincir dan jatuh sejauh 150 meter semasa berjalan bersama isteri dan anak lelakinya di gua Salitre de Collbato, berhampiran Barcelona, sekitar 1 tengah hari waktu tempatan (1200 GMT).

“Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian mengejut Isak Andic, pengerusi bukan eksekutif dan pengasas Mango yang tidak dijangka, akibat kemalangan yang berlaku pada Sabtu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mango Toni Ruiz, dalam satu kenyataan.

Ruiz memuji dedikasi sepanjang hayat Andic terhadap Mango, sambil menyatakan pemergiannya meninggalkan “kehilangan yang sangat besar.”

Dilahirkan di Istanbul, Andic berhijrah ke Sepanyol dari Turkiye pada usia 13 tahun. Beliau memulakan kerjaya dengan menjual baju-T kepada rakan sekelas sebelum membuka kedai Mango pertama di Barcelona pada 1984.

Menurut Forbes, Andic memiliki nilai kekayaan bersih dianggarkan berjumlah US$4.5 bilion pada saat kematiannya.

Mango, yang beroperasi di lebih 120 negara, mencatatkan perolehan sebanyak US$3.26 bilion pada 2023.

BACA: Mikheil Kavelashvili Dipilih Sebagai Presiden Georgia

BACA: AMEC 2024: Penyokong Harimau Malaya Cedera ‘Diserang’ Di Thailand

BACA: Bayi Dijumpai Dalam Semak Belakang Surau

Sumber: BERNAMA