Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Ranau, Sabah
Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah, pada jam 2:56 petang, hari ini.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 5.97° Utara dan 116.57° Timur, dengan magnitud 2.8 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 15 kilometer di Barat Ranau, Sabah, dengan kedalaman 10 kilometer.
Difahamkan, gegaran turut dirasai di kawasan sekitar Ranau.
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1013219477515033&id=100064809693702&rdid=YHyKWY6Ma3XtJNRZ
METMalaysia memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus memantau perkembangan situasi ini.
Setakat ini, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia.
Justeru itu, orang ramai, khususnya mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini, digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan mengisi borang soal selidik ini.
Dalam pada itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.
BACA: FAM Umum Nama Dua Teraju Utama Struktur Organisasi Baharu Harimau Malaya
BACA: Amaran Banjir Negeri Kelantan Hingga 19 Disember
BACA: TH Umum Kos Haji 2025
Sumber: METMalaysia