Siakap Keli
Kos haji 2025
Sumber: Astro Awani

TH Umum Kos Haji 2025

TH Umum Kos Haji 2025

Bayaran haji bagi tahun 2025 menyaksikan kenaikan sebanyak 20 peratus untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 dan M40, berikutan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang menunaikan haji buat kali pertama akan dikenakan bayaran sebanyak RM15,000, meningkat berbanding RM12,356 pada tahun 2024.

Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa kos penuh menunaikan haji bagi seorang jemaah Muassasah bagi musim 1446H/2025M kekal pada RM33,300.

“Bakal jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang mendapat bantuan kerajaan bagi B40, akan menerima Bantuan Kewangan Haji daripada TH sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang.

“Bantuan yang berjumlah RM18,300 ini adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan kos haji, menjadikan bayaran haji bagi seorang jemaah B40 berjumlah RM15,000.

“Bakal haji Muassasah kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan kos haji.

“Bayaran haji bagi seorang jemaah M40 ialah RM23,500,” kata beliau.

BACA: Elaun PLKN 3.0 Kekal RM8 Sehari

Tambah beliau, bagi kumpulan T20 yang berpendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM15,000, mereka perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji iaitu RM33,300 seorang.

https://x.com/501Awani/status/1868487057255141616?fbclid=IwY2xjawHMf9VleHRuA2FlbQIxMAABHZeOBAR3xl7YOK0E_M8UWpPL0_pK6X8m6lrJBlO5jexfXnhIvDaGJbOtaQ_aem_0a_dQd99qabwrcYegNdIWw

Mengulas lanjut, beliau berkata, TH telah berusaha keras untuk mengawal kos haji, termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang dengan syarikat penerbangan walaupun harga minyak semakin meningkat.

Beliau turut memaklumkan bahawa kos penginapan di Makkah dan Madinah juga melonjak disebabkan pembangunan pesat di kawasan tersebut.

“Namun, TH telah berjaya mengikat perjanjian dengan pengusaha hotel untuk beberapa tahun akan datang bagi memastikan keterjaminan harga penginapan terkawal.

“Kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di tanah suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dan adalah di luar kawalan TH,” ujar beliau.

BACA: Hampir 37 Kampung Di Kuala Krai Diramal Banjir Bermula Selasa – JPS

BACA: Pengusaha Feri Tidak Layak Terima Subsidi Diesel Sekiranya Naikkan Tambang – Loke

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.