PROTON Lancarkan e.MAS 7, EV Sulung Malaysia
Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia iaitu Proton e.MAS 7 hari ini.
e.MAS 7 adalah EV jenis Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) segmen C yang dibangunkan bersama jenama Geely yang juga pemegang saham terbesar dalam PROTON.
e.MAS 7 ini juga adalah kereta pertama yang dibangunkan dengan platform Global Modular Architecture (GMA).
Kereta ini hadir dalam dua varian iaitu Premium untuk harga dan varian Prime untuk harga
Rekaan Luaran
Dari segi rekaan luaran, SK cukup berkenan dengan apa yang ditampilkan oleh e.MAS 7 ini.
Bahagian depan yang hampir bersih dari sebarang gril dan menampilkan logo PROTON yang nampak garang.
Jika dilihat dari bahagian sisi pula, ia kelihatan seperti identiti Volvo juga dimuatkan dalam penghasilan badan e.MAS 7 ini.
Bahagian belakang juga seakan model Volvo dari segi tulisan PROTON yang dikemaskan di bahagian tengah dan lampu belakang yang nampak sangat elegan.
Sejujurnya, SK sangat berpuas hati dengan rekaan luaranPROTON e.MAS 7 ini.
Rekaan Dalaman
Bila membuka pintu e.MAS 7 ini, sekali pandang memang nampak kemewahan kereta ini jelas terpancar.
Kedua-dua varian kereta ini memberikan tempat duduk bersalut kulit yang sangat kemas dan tempat duduknya pun selesa walau anda berbadan besar.
e.MAS 7 datang dengan 10.2 inci Intrument Cluster yang terletak kemas disebalik stereng berbentuk D.
Konsole tengah kereta ini juga lengkap dengan pengecasan telefon tanpa wayar dan ruang arm-rest mengisi keperluan anda.
Untuk infotainment display, PROTON memberikan 15.4 inci skrin sesentuh dengan paparan 2.5K.
PROTON masih belum kemaskini sama ada kereta ini dilengkapi Apple Carplay dan Android Auto ataupun tidak.
Tapi setakat ini, ia dilengkapi dengan sistem Flyme Auto sahaja.
Dalam kereta ini juga menggunakan sistem audio dari Flyme Sound. Ada 16 speaker dalam e.MAS 7 Prime dan hanya 6 untuk varian Premium.
Prestasi e.MAS 7
PROTON e.MAS 7 menggunakan bateri jenis Aegis Short Blade dengan kapasiti 49.52kWh untuk Premium dan 60.22kWh untuk Prime.
Bagi jarak pemanduan yang sering menjadi topik hangat untuk kereta EV, e.MAS 7 boleh dipandu sejauh 354km untuk varian Premium dan 410km untuk varian Prime (WLTP).
Masa untuk mengecas bateri juga turut jadi topik hangat dari netizen dan e.MAS 7 ini hanya perlukan 20 minit untuk mengecas bateri dari 30%-80% menggunakan Arus Terus (DC).
Daya pecutan e.MAS 7 dari 0 hingga 100km/j hanya mengambil masa 6.9 saat bagi kedua-dua varian.
Pengalaman SK diberi peluang pandu uji e.MAS 7 di Proton Centre of Excellence baru-baru ini sangat puas hati.
PROTON juga beri peluang kepada media memandu kereta pesaing e.MAS 7 iaitu BYD Atto 3 dan apa yang SK boleh katakan e.MAS 7 lebih baik sedikit berbanding Atto 3.
Lebih baik dari segi handling ketika memecut lebih 130km/j dan lebih baik sedikit dari segi keselesaan dalam kabin.
Terima kasih kepada PROTON memberikan peluang SK mencuba e.MAS 7 ini lebih awal.
Keselamatan
Untuk kereta EV seperti e.MAS 7 tak perlu kita risaukan tentang keselamatan.
eMAS 7 datang dengan beg udara lengkap depan dan belakang serta di bahagian sisi kabin.
e.MAS 7 juga disertakan dengan Advance Driver Assistance Systems (ADAS) termasuk Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keeping Assist (LKA).
Spesifikasi penuh di SINI