Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

NIMS Lancarkan Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pemenang

NIMS
Tengku Norhanim bersama suami tercinta, Faiz Hussamuddin dan Mansor Shah ketika melancarkan Nims Chocotub Taste Of Malaysia

NIMS Lancarkan Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pemenang

Syarikat tempatan, NIMS International Group Sdn. Bhd. hari ini (8 Ogos) secara rasminya melancarkan produk inovasi terbaharunya, NIMS Chocotub® - Taste of Malaysia : Malaysia's Favourite Flavours, bersama kempen pengguna nasional NIMS BELI & MENANG 2026 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000 kepada rakyat Malaysia.

Majlis pelancaran acara ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE, Mansor Shah Wahid di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam di sini.

Pelancaran ini disifatkan sebagai satu inisiatif yang mengetengahkan keunikan citarasa Malaysia melalui produk inovasi tempatan serta meraikan sokongan pengguna terhadap jenama Malaysia melalui sebuah kempen pengguna berskala nasional.

Kereta Proton e.MAS yang menjadi rebutan untuk kempen NIMS BELI & MENANG 2026

NIMS Chocotub® - Taste of Malaysia atau Citarasa Malaysia diwujudkan sebagai sebuah penghormatan kepada rasa yang dekat di hati rakyat dan berpotensi untuk diketengahkan ke pasaran antarabangsa.

Koleksi istimewa ini menampilkan tiga perisa yang diinspirasikan daripada citarasa kegemaran rakyat Malaysia iaitu, Teh Tarik Crunch, Onde Onde Crunch dan Sirap Bandung Laici Crunch.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Norhanim Tengku Othman, setiap perisa membawa kisah dan nostalgia tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian budaya serta identiti Malaysia.

“Melalui NIMS Chocotub® - Taste of Malaysia, NIMS berharap dapat memperkenalkan keunikan rasa Malaysia kepada pengguna global serta menjadikan produk tempatan sebagai salah satu medium untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa."

Abbas Mahmood bersama isteri, Alana Dunsmore turut bergambar kenangan bersama pemilik jenama NIMS

“Kempen 'NIMS BELI & MENANG 2026' pula dilaksanakan bagi meraikan pengguna yang sentiasa menyokong jenama ini bermula 8 Ogos hingga 8 November depan. Kempen ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih daripada RM150,000 termasuk hadiah utama sebuah Kereta Proton e.MAS serta pelbagai hadiah menarik lain yang akan diumumkan sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Malah, detik bersejarah itu turut disaksikan rakan usahawan, pempengaruh terkenal selain persembahan sketsa berwajah Satu Malaysia lakonan Man Raja Lawak, Mamak Putih dan Ilham Abata.

Antara pempengaruh yang hadir seperti Syafiqah Melvin, Alana Dunsmore, Abbas Mahmood, Muhammad Irsyad Tarudin, Nadia Azlan, Kah Pei dan Nurin Alisa.

Antara pempengaruh yang hadir memberi sokongan

“Terima kasih sudi hadir meluangkan masa ke acara ini,” Katanya ringkas sewaktu memberi ucapan.

Tambahnya lagi, pengguna hanya perlu membeli produk keluaran sebagai syarat penyertaan.

Kempen ini dijangka akan membabitkan penyertaan pengguna di seluruh Malaysia melalui platform e-dagang, pasar raya dan rangkaian ejen rasmi NIMS.

“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami percaya bahawa makanan mempunyai keupayaan untuk memperkenalkan identiti dan budaya sesebuah negara kepada dunia,” katanya.

Jelas Tengku Norhanim lagi, melalui NIMS Chocotub® - Taste of Malaysia , mereka bukan sahaja memperkenalkan produk baharu, malah berhasrat untuk membawa kisah Malaysia kepada pengguna antarabangsa.

“Terutamanya inovasi makanan yang diinspirasikan daripada citarasa tempatan. Ia juga selaras dengan aspirasi untuk memperkukuhkan kedudukan produk Malaysia di pasaran global melalui pembangunan produk bernilai tambah yang mempunyai identiti Malaysia yang tersendiri.

Pija, pemilik jenama Minaz (kanan) juga setia menyokong perjalanan kerjaya Tengku Norhanim

NIMS Chocotub® - Taste of Malaysia merupakan sebuah penghormatan kepada rasa yang dekat di hati rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa produk tempatan mempunyai potensi yang besar untuk diketengahkan ke pasaran antarabangsa melalui inovasi yang mampu menghubungkan budaya, nostalgia dan pengalaman pengguna.

"Kami berharap suatu hari nanti apabila dunia menikmati produk ini, mereka akan mengenali dan merasai keunikan Malaysia melalui setiap produk yang kami hasilkan,” Katanya.

Dalam pada itu, Tengku Norhanim mendedahkan, jenamanya sudah mengikat kerjasama dengan CP ALL Thailand selama dua tahun kontrak.

Tunggak kekuatan jenama NIMS, Tengku Norhanim bersama tiga perisa baharu yang dilancarkan berwajah Malaysia.

“Produk kami akan diedarkan di lebih 20,000 premis serbaneka 7 Eleven di Thailand. Bukan satu proses mudah untuk tembus ke sana. Ia bergerak sejak dari 2021 lagi. Insya-Allah flag off ke Thailand ini akan dilakukan tak lama lagi di kilang kami Meru, Klang."

“Saya juga ingin melihat lebih banyak produk Malaysia memenuhi kontena yang akan berlayar ke seluruh dunia,” Katanya.

Syarikat ini cukup komited dalam pembangunan produk inovasi berasaskan citarasa pengguna serta pengembangan pasaran ke peringkat antarabangsa. Produk keluaran NIMS kini telah berjaya menembusi lebih 27 buah negara dan terus komited dalam memperkenalkan inovasi produk Malaysia ke peringkat global.

Intipati
  • NIMS melancarkan Chocotub® Taste of Malaysia dengan tiga perisa berinspirasikan citarasa tempatan.
  • Kempen NIMS BELI & MENANG 2026 menawarkan hadiah lebih RM150,000 termasuk Proton e.MAS.
  • NIMS berkata produknya akan diedarkan di lebih 20,000 premis 7-Eleven di Thailand.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan