Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Kambing hitam semasa travel
Gambar: AFP

Hampir Jadi ‘Kambing Hitam’, Lelaki Malaysia Kongsi Detik Cemas Semasa Travel

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Hampir Jadi ‘Kambing Hitam’, Lelaki Malaysia Kongsi Detik Cemas Semasa Travel

Pepatah ada mengatakan, “Rambut sama hitam, hati lain-lain”.

Dalam dunia penuh kejutan ni, setiap langkah yang kita ambil, terutamanya ketika merantau ke tempat orang, memerlukan kita untuk sentiasa berwaspada.

Baru-baru ni, seorang lelaki Malaysia berkongsi detik cemas semasa travel apabila dia hampir terjerat dalam situasi yang tidak dijangka.

Segalanya bermula ketika lelaki ini menaiki sebuah penerbangan antarabangsa.

Duduk di kerusi bersebelahan, terdapat seorang mak cik yang nampaknya cukup ramah.

Sebelum penerbangan bermula, mak cik tersebut meminta bantuan untuk mengangkat bagasinya ke ruang penyimpanan atas.

“Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu,” katanya.

Jumpa “mak cik friendly” dalam flight, siap panggil lelaki ni “anak”

Sepanjang penerbangan, lelaki ini dan mak cik tersebut berbual mesra seperti dua individu yang sudah lama saling kenal. Tidak ada sebarang syak wasangka.

Namun, keadaan mula berubah ketika pesawat hampir mendarat, apabila mak cik tersebut mengadu sakit perut teruk.

“Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, mak cik ni start panggil aku “anak”, pegang tangan aku kuat-kuat.

“Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related,” kongsinya.

Setelah pesawat mendarat, abang yang sebelum ini membantu mak cik tersebut tiba-tiba menghampiri lelaki ini dan memberikan ‘amaran’.

“Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan mak cik ni.

“Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia.

Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight,” kongsinya lagi.

Mula curiga, lelaki ni berhati-hati lepas dapat ‘amaran’

Namun, situasi menjadi lebih mencurigakan apabila mak cik tersebut mula merayu meminta lelaki ini membantu membawakan beg tangannya keluar dari pesawat.

“Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat. Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia.

“Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang mak cik tu,” katanya.

Selepas keluar dari pesawat, keadaan di lapangan terbang tiba-tiba menjadi kecoh.

Rupa-rupanya, mak cik tersebut cuba melarikan diri dengan kerusi roda sambil membawa bagasinya, tetapi polis lapangan terbang segera menahan mak cik tersebut.

Lelaki ni dituduh sebagai “anak” yang tinggalkan “ibu”, rupa-rupanya…

Namun apa yang mengejutkan, mak cik tersebut mula menjerit-jerit dan menuduh lelaki ini sebagai “anak” yang meninggalkannya.

“Baru aku sedar, mak cik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.

“Nasib baik abang tadi datang back up aku, explain yang aku ni stranger je.

“Polis mintak mak cik tu bagi full name aku, tapi dia tak boleh sebab aku tak pernah share nama aku dengan dia.

“Barang aku semua kena check habis-habisan, tapi takde connection pun dengan barang dia. Akhirnya, aku dilepaskan,” tambahnya lagi.

Ujar lelaki ini, kejadian itu memberikan pengajaran besar buatnya.

“Jangan sentuh luggage atau barang orang lain kat airport atau dalam flight, walaupun nampak macam harmless. Barang dorang, tanggungjawab dorang. Barang kau, tanggungjawab kau.

“Sekarang ni, kalau ada orang mintak tolong angkat barang kat compartment atas atau apa-apa, aku terus panggil cabin crew. Call me cold, tapi ini semua pasal self-preservation,” tegasnya.

Dunia ni penuh dengan individu licik yang tidak teragak-agak untuk menjadikan kita ‘kambing hitam’ demi kepentingan diri sendiri.

Maka, kita harus ingat, berbuat baik itu bagus, tetapi berpada-pada itu lebih bijak.

Kerana siapa tahu, orang yang kita hulurkan tangan hari ini, mungkin tangan itulah yang akan ‘mencengkam’ kita di kemudian hari.

BACA: Gelagat ‘Geng OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan

BACA: Rumah Uncle Ni Viral Sebab Deko Krismas ‘Meriah’, Ramai Datang Nak Ambil Gambar

BACA: Gelagat Abang Ni Join Budak-Budak Main ‘Gelongsor Tanah’ Buat Ramai Terhibur

Sumber: Abudi Alsagoff via Facebook