Siakap Keli
keluang man cinematic universe
Kredit: Astro Shaw

Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe

Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe

Syarikat produksi tempatan, Astro Shaw mengumumkan senarai filem yang bakal dikeluarkan dalam Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe dalam satu sidang media hari ini.

Menerusi potongan video sidang media di laman Instagram Astro Shaw, filem yang tersenarai bakal dihasilkan bermula dengan filem Keluang Man yang bakal ditayangkan pada 2025 serta lima lagi filem yang masih belum dikenal pasti tarikh tayangan.

Antara filem yang dirancang ialah Baling, Patani, Keluang Man 2, Besut dan Kataha.

Kredit: brgsjks

BACA: Imaginur Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-33

Kredit: brgsjks

https://www.instagram.com/reel/DDttykvyd6E/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Dalam pada itu, Astro Shaw turut mengumumkan beberapa filem dalam siri Polis Evo turut bakal menemui peminat. Dalam perancangan, filem Reza, Polis Evo 4 dan Evo Academy bakal memulakan penggambaran nanti. Begitu juga siri High Council yang bakal menampilkan filem Kudrat: 1968.

Terdahulu, Astro Shaw turut mengumumkan bahawa filem Keluang Man telah tamat penggambaran pada Ogos lalu. Dalam pengumuman sebelum itu, Astro Shaw turut menampilkan barisan pelakon filem tersebut. Watak utama iaitu Borhan atau Keluang Man dilakonkan oleh Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar. Pemilihan tersebut berdasarkan video ujibakat yang telah dihantar kepada Astro Shaw.

Anwar Beg Mughal pula memegang watak Inspektor Sahab manakala pelakon drama terkenal, Remy Ishak diberi tanggungjawab menggalas watak Shamsir. Manakala Datuk Rosyam Noor pula memegang watak Ahmad.

Sebagai maklumat, filem Keluang Man merupakan inspirasi daripada siri animasi yang diilhamkan oleh Allahyarham Kamarudin Ismail atau nama penanya, Kamn Ismail. Animasi tersebut merupakan kerjasama Allahyarham bersama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor.

Siri animasi tersebut telah disiarkan sebanyak tujuh musim dengan lebih 140 episod. Ia mengisahkan tentang seorang pesakit di hospital psikiatri, iaitu Borhan, bertukar wajah menjadi adiwira sebagai Keluang Man dalam membanteras jenayah.

BACA: Filem Abang Adik Menang Filem Terbaik Di Los Angeles

BACA: Video Terbaru Pukau Mata, Ramai Minta Sofyank Buat Filem Fantasi

Sumber: Astro Shaw (1) (2), brgsjks

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.