Siakap Keli
Bayi 6 bulan maut
Sumber: Tribun News

Mengejutkan, Wanita Hamil Buat Follow-up Scan Tapi Doktor Tak Jumpa Kepala Bayi

Mengejutkan, Wanita Hamil Buat Follow-up Scan Tapi Doktor Tak Jumpa Kepala Bayi

Bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, memiliki zuriat sendiri adalah satu impian besar.

Kehadiran cahaya mata sering dilihat sebagai pelengkap kepada sebuah keluarga.

Angan untuk melihat versi kecil diri dan pasangan menjadi kenyataan sememangnya membawa bahagia yang tiada tandingan.

Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam soal zuriat.

Ada yang menanti bertahun-tahun, ada pula yang diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh kehamilan.

Siapa sangka, di sebalik keinginan indah itu, ada pasangan yang diuji dengan cabaran begitu luar biasa.

Baru-baru ini, seorang doktor wanita berkongsi pengalaman yang menyentuh hati, membabitkan kes yang sangat jarang berlaku kepada seorang wanita hamil.

Kes “rare” 6 dalam 10,000 kelahiran

Menurut doktor tersebut, kes ini bukan kes biasa, tetapi satu kes yang sangat jarang berlaku, yang katanya hanya terjadi dalam 6 daripada 10,000 kelahiran.

Segalanya bermula apabila seorang wanita hamil datang untuk pemeriksaan susulan di sebuah klinik selepas membuka ‘buku pink’.

Semuanya tampak seperti rutin biasa wanita hamil, sehingga doktor melakukan imbasan ultrasound dan mendapati sesuatu yang sangat mengejutkan.

Follow-up scan dibuat, tetapi kami tidak menemui kepala bayi. Setelah diperiksa lebih lanjut, kami mendapati bayi ini sebenarnya tiada kepala,” kongsi doktor wanita itu.

Menurutnya lagi, kes tersebut terpaksa dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan dikenal pasti sebagai “anencephaly”, iaitu keadaan di mana bayi dilahirkan tanpa tengkorak.

“Lazimnya, bayi dengan anencephaly tidak boleh bertahan. Mereka sama ada meninggal dunia dalam kandungan atau tidak dapat hidup apabila dilahirkan,” jelasnya.

Tambahnya, kes dirujuk kepada hospital pakar, dan perjumpaan dengan doktor pakar sakit puan juga diadakan.

“Doktor mencadangkan supaya kehamilan dihentikan (Termination of Pregnancy, TOP), kerana bayi tidak mempunyai peluang untuk hidup,” katanya.

Tangguhnya wanita bergelar “ibu”, sanggup bertarung nyawa demi cahaya mata

Akan tetapi, pilihan yang dibuat oleh si ibu ternyata mengejutkan.

Walaupun diberi penerangan penuh tentang risiko serta kemungkinan bayi itu tidak dapat bertahan, si ibu tetap memilih untuk meneruskan kehamilan.

“Sebagai doktor, kami tahu kandungan seperti ini tidak akan bertahan lama. Tiada manusia yang boleh hidup tanpa kepala,” tambahnya.

Tapi si ibu tetap dengan pendiriannya, dan alasan yang diberikannya benar-benar menyentuh hati.

“Katanya, ini adalah rezeki yang Allah kurniakan kepadanya. Tak apa jika dia tak dapat menjaga bayinya di dunia. Sekurang-kurangnya, dia dapat menjaga zuriatnya dalam rahim,” kongsinya lagi.

https://www.facebook.com/reel/618591080623438

Tidak semua orang mampu melalui ujian sehebat ini.

Wanita ini benar-benar membuka mata kita tentang ketangguhan luar biasa seorang ibu.

Dia sanggup berkorban demi rezeki yang diamanahkan kepadanya, walaupun hanya untuk seketika.

Semoga wanita ini terus cekal menghadapi coretan takdir oleh Maha Pencipta.

Semoga juga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk sentiasa bersyukur, tabah dan percaya pada ketentuan Ilahi.

BACA: Gelagat Abang Ni Join Budak-Budak Main ‘Gelongsor Tanah’ Buat Ramai Terhibur

BACA: Hampir Jadi ‘Kambing Hitam’, Lelaki Malaysia Kongsi Detik Cemas Semasa Travel

BACA: Gelagat ‘Geng OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan

Sumber: Noryn Noriha via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.