Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
STR 2025 : Panduan Lengkap Untuk Semakan
Kredit : BERNAMA
Tiada Kategori

STR 2025: Panduan Lengkap Untuk Semakan

suhaila

STR 2025 : Panduan Lengkap Untuk Semakan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif di bawah Payung Rahmah untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40.

Mulai 2025, STR diperluaskan dengan pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), yang memberikan bantuan dalam bentuk pembayaran bulanan kepada golongan miskin tegar.

STR bertujuan bukan sahaja menyokong keperluan asas harian tetapi juga berfungsi sebagai pelindung kewangan dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Kali ini kami ingin berkongsi panduan lengkap untuk anda membuat semakan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti semakan status kelayakan, kaedah pembayaran, dan jumlah bayaran.

1. Jumlah Bayaran STR 2025 Mengikut Kategori dan Bilangan Anak:

  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500:

    • Tiada anak: RM1,000

    • 1-2 anak: RM1,500

    • 3-4 anak: RM2,000

    • 5 anak ke atas: RM2,500

  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000:

    • Tiada anak: RM500

    • 1-2 anak: RM750

    • 3-4 anak: RM1,000

    • 5 anak ke atas: RM1,250

  • Warga Emas tiada pasangan (Umur 60 tahun ke atas): RM600

  • Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun): RM600

Nota: Untuk mengetahui jumlah bayaran STR bagi Fasa 1, individu perlu membuat semakan melalui laman rasmi STR.

2. Jadual Bayaran STR Fasa 1 2025

Bantuan STR akan dibayar secara berperingkat mengikut empat fasa seperti berikut:

  • Fasa 1 : Tarikh bayaran dijangka pada Februari 2025

  • Fasa 2 : Tarikh bayaran dijangka pada April 2025

  • Fasa 3 : Tarikh bayaran dijangka pada Ogos 2025

  • Fasa 4 : Tarikh bayaran dijangka pada November 2025

Nota : Tarikh bayaran belum ditentukan secara rasmi dan akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat.

Panduan Lengkap Untuk Permohonan, Kemaskini, Semakan Status & Bayaran STR 2025

3. Syarat Kelayakan STR Fasa 1

Untuk menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Isi Rumah:

    • Berkahwin (ada atau tiada anak).

    • Ibu/bapa tunggal (ada anak).

    • Tiada had umur.

    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.

  • Warga Emas:

    • Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak.

    • Berumur 60 tahun dan ke atas.

    • Pendapatan individu bawah RM5,000 sebulan.

  • Bujang:

    • Belum berkahwin / Balu / Janda / Duda tiada anak.

    • Berumur antara 21 hingga 59 tahun.

    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan.

    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

BACA : Ini 9 Senarai Pelepasan Cukai Individu Dalam Belanjawan 2025

4. Cara Semak Status STR 2025

Untuk memastikan kelayakan anda bagi Fasa 4 STR, ikuti langkah ini:

  1. Layari laman web rasmi STR.

  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad.

  3. Sahkan identiti melalui kata kunci keselamatan.

  4. Semak status permohonan dan maklumat pembayaran.

  5. Jika terlupa kata laluan, gunakan fungsi “Terlupa Kata Laluan” di laman web, jawab soalan keselamatan, dan tetapkan kata laluan baharu.

5. Kaedah Pembayaran STR 2025

Bantuan STR akan disalurkan melalui dua kaedah:

  • Pengkreditan ke Akaun Bank: Dana dimasukkan terus ke akaun penerima atau pasangan mereka.

  • Bayaran tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi pemohon tanpa akaun bank, pembayaran boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN.

6. Saluran untuk mendapatkan info terkini mengenai STR:

Semoga bermanfaat.

BACA : 8 Tip Jimat Terbaik Semasa Melancong Anda Kena Tahu

Sumber: Laman web rasmi STR