Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Senarai Pelepasan Cukai Individu : Belanjawan 2025
Sumber : Gambar AI
Tiada Kategori

Ini 9 Senarai Pelepasan Cukai Individu Dalam Belanjawan 2025

suhaila

Ini 9 Senarai Pelepasan Cukai Individu Dalam Belanjawan 2025

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Belanjawan 2025 yang membawa pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Salah satu elemen penting dalam belanjawan tersebut adalah perubahan dalam sistem cukai pendapatan individu.

Beberapa pelepasan cukai baru diperkenalkan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban cukai dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Berikut kami kongsikan senarai penuh pelepasan cukai individu yang diumumkan dalam Belanjawan 2025:

1. Pembelian Pengecas Kenderaan Elektrik

  • Pelepasan cukai: Kekal sebanyak RM2,500 untuk pembelian pengecas kenderaan elektrik.

  • Perluasan: Pelepasan ini kini juga merangkumi pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah.

  • Tempoh Pelepasan : Sehingga tahun taksiran 2027.

Senarai Pelepasan Cukai Individu Yang Anda Patut Tahu

2. Insurans Pendidikan & Kesihatan

  • Insurans Pendidikan & Kesihatan: Pelepasan cukai bagi bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan telah dinaikkan kepada RM4,000.

  • Perubatan dan Takaful: Pelepasan cukai juga diberikan untuk perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000, yang meliputi bayaran yang dibuat melalui produk insurans dan takaful perubatan atau kesihatan yang mempunyai ciri pembayaran bersama (co-payment).

3. Pelepasan Cukai Caruman Skim Persaraan Swasta Dilanjutkan

  • Pelepasan cukai: Kerajaan telah melanjutkan pelepasan cukai bagi caruman dalam Skim Persaraan Swasta sebanyak RM3,000 sehingga tahun taksiran 2030 bagi menggalakkan individu menyimpan lebih banyak untuk persaraan mereka melalui skim ini.

4. Pendidikan Anak-Anak

  • Simpanan SSPN: Pelepasan cukai bagi simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini dinaikkan sehingga RM8,000, yang akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi.

  • Yuran Taska dan Tadika: Pelepasan cukai bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga RM3,000 juga dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.

BACA : 8 Tip Jimat Terbaik Semasa Melancong Anda Kena Tahu

5. Kesihatan

  • Pelepasan cukai: Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan skop pelepasan cukai individu bagi perbelanjaan perubatan dengan merangkumi beberapa perbelanjaan tambahan yang berkaitan dengan pengesanan dan pemeriksaan kesihatan:

1. Bayaran ujian pengesanan penyakit – Termasuk ujian untuk penyakit seperti kanser atau penyakit kritikal lain.

2. Pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan – Seperti alat pemantau tekanan darah, alat pemeriksaan gula darah, dan peralatan kesihatan lain.

3. Kit ujian pengesanan penyakit – Seperti kit ujian untuk COVID-19, kit ujian kanser, dan kit ujian penyakit lain yang dapat membantu individu melakukan pengesanan penyakit lebih awal.

6. Pemilikan Rumah Pertama

  • Pelepasan cukai untuk faedah pinjaman perumahan: Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu bagi bayaran faedah pinjaman perumahan:

  • Ini adalah salah satu senarai yang termasuk dalam pelepasan cukai individu – Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk menggalakkan golongan muda dan pasangan baru membeli rumah pertama

1. RM7,000 untuk rumah kediaman yang berharga hingga RM500,000.

2. RM5,000 untuk rumah kediaman yang berharga lebih RM500,000 hingga RM750,000.

  • Tempoh pelepasan cukai: Pelepasan cukai ini boleh dituntut selama tiga tahun berturut-turut untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

7. Perbelanjaan Rawatan & Pemulihan Anak Autisme

  • Pelepasan cukai: Kerajaan telah meningkatkan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan untuk anak-anak autisme kepada RM6,000, berbanding RM4,000 sebelum ini.

8. Aktiviti Sukan & Penjagaan Warga Emas

  • Pelepasan Cukai untuk Pemeriksaan Perubatan Penuh Ibu Bapa: Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa kini diperluas untuk merangkumi kos vaksin.

  • Pelepasan Cukai untuk Aktiviti Sukan dan Peralatan Sukan: Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan aktiviti sukan dan peralatan sukan kini diperluas kepada ibu bapa.

  • Pelepasan Cukai untuk Rawatan Perubatan Ibu Bapa, Datuk, dan Nenek: Pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan untuk ibu bapa kini turut merangkumi datuk dan nenek.

  • Pengecualian Cukai untuk Elaun Penjagaan Anak dan Warga Emas: Pengecualian cukai pendapatan individu hingga RM3,000 setahun bagi elaun penjagaan anak kini diperluas untuk meliputi penjagaan warga emas.

  • Potongan Cukai untuk Majikan yang Membayar Elaun Penjagaan Warga Emas: Potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak kini juga diperluas untuk merangkumi penjagaan warga emas.

9. Orang Kurang Upaya (OKU)

  • Pelepasan Cukai untuk OKU: Pelepasan cukai tambahan bagi pembayar cukai OKU dinaikkan kepada RM7,000. Ini bertujuan untuk memberi sokongan kewangan tambahan kepada individu OKU dan mengurangkan bebanan cukai yang perlu dibayar oleh mereka.

  • Pelepasan Cukai untuk Pasangan OKU: Pelepasan cukai tambahan bagi pasangan OKU dinaikkan kepada RM6,000. Ini bertujuan untuk membantu pasangan OKU yang juga menanggung kos kehidupan bersama dengan individu OKU.

  • Pelepasan Cukai bagi Pembayar Cukai yang Mempunyai Anak OKU: Pelepasan cukai bagi pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang belum berkahwin dinaikkan kepada RM8,000.

  • Ini memberikan ruang lebih besar kepada keluarga yang mempunyai anak OKU untuk menampung kos penjagaan dan sokongan yang diperlukan.

Semoga bermanfaat.

Sumber : LHDN,hasil.gov

BACA : Nak Beli Tiket Penerbangan Dengan Harga Murah? Ikuti 7 Tip Ini