Siakap Keli

Mengejutkan, Ini 5 Profesion Tak Masuk Akal Di Dunia Tapi Gaji ‘Lumayan’

Mengejutkan, Ini 5 Profesion Tak Masuk Akal Di Dunia Tapi Gaji ‘Lumayan’

Memang benar kata orang, duit tak dapat beli kebahagiaan, tapi dengan duitlah kebahagiaan itu datang.

Zaman sekarang, ramai yang sanggup berusaha keras, berkorban apa sahaja demi memastikan kehidupan terus berjalan lancar.

Namun, di sebalik hidup yang semakin mencabar, ada juga yang terfikir untuk memilih kerjaya yang bukan sahaja unik tetapi juga ‘luar biasa’.

Siapa sangka, di dunia ini terdapat beberapa profesion yang pelik, hampir ‘mustahil’ difikirkan oleh akal biasa.

Profesion ini bukan hanya jarang didengar, tetapi gaji yang ditawarkan juga boleh dikatakan cukup lumayan, seakan-akan tidak masuk akal.

Berikut adalah lima profesion yang paling ‘tak masuk akal’ di dunia tapi sebenarnya wujud, malah dibayar dengan gaji yang cukup ‘lumayan’.

1. Tukang Tidur Profesional (Professional Sleeper)

Pekerjaan sebagai tukang tidur profesional atau professional sleeper melibatkan individu yang dibayar untuk tidur dalam pelbagai keadaan.

Difahamkan, pekerjaan ini adalah sebahagian daripada kajian saintifik atau ujian produk.

Tugas mereka termasuklah menguji produk seperti katil, tilam dan bantal, serta memberikan maklum balas mengenai keselesaan dan kualiti tidur.

Untuk info, pendapatan pula berbeza bergantung kepada jenis kajian, tempoh penyertaan dan majikan.

Sebagai contoh, NASA pernah membayar sukarelawan $18,000 (kira-kira RM81 ribu) untuk berbaring di katil selama 70 hari pada tahun 2013.

Sementara itu, kajian di Universiti Colorado menawarkan sehingga $2,730 (kira-kira RM12 ribu) untuk penyertaan dalam kajian tidur selama 14 hingga 17 jam.

Menurut data dari Indeed pula, gaji purata bagi “Tukang Tidur Profesional” di Amerika Syarikat (AS) adalah sekitar $1,522 (kira-kira RM6 ribu) seminggu.

2. Penguji Kentut Profesional (Professional Fart Tester)

Pekerjaan sebagai penguji kentut profesional atau professional fart tester adalah peranan yang jarang ditemui, terutamanya di negara Barat.

Namun, di China, terdapat amalan tradisional yang melibatkan individu yang terlatih untuk mendiagnosis penyakit melalui bau kentut seseorang.

Mereka yang menjalankan tugas ini dipercayai dapat mengenal pasti masalah kesihatan berdasarkan bau kentut, seperti bau yang lebih berat mungkin menunjukkan pendarahan usus atau tumor.

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa mereka boleh memperoleh pendapatan sekitar $50,000 (kira-kira RM225 ribu) setahun.

3. Groom of the Stool

“Groom of the King’s Close Stool” atau lebih dikenali sebagai “Groom of the Stool” adalah salah satu pekerjaan yang paling tak masuk akal dalam sejarah.

Pekerjaan ini merupakan satu peranan istimewa yang diwujudkan semasa pemerintahan Raja Henry VIII dengan tujuan utama untuk memantau serta memberikan bantuan kepada Raja dalam aspek yang sangat peribadi.

Tugas ini melibatkan pengurusan kebersihan serta keperluan khusus yang berkaitan dengan waktu Raja menggunakan tandas.

Individu yang memegang jawatan ini bertanggungjawab menyediakan tandas mudah alih (commode) yang sentiasa dibawa ke mana-mana.

Ia turut merangkumi penyediaan air, tuala, dan mangkuk basuh bagi memastikan segala keperluan kebersihan dapat dipenuhi dengan sempurna.

Selain itu, individu ini juga perlu mengawasi diet dan waktu makan Raja dengan teliti untuk memastikan segala urusan berkaitan dilakukan secara teratur.

Difahamkan, meski tugas ini kelihatan ‘menjijikkan’, ianya sangat dihormati dan diidamkan oleh golongan bangsawan.

Ini kerana individu yang mengerjakan tugasan ini sering menerima ganjaran lumayan.

Sebagai contoh, Groom of the Stool pertama kepada Raja Henry VIII, menerima pemberian tanah dan jawatan yang memberikannya pendapatan tahunan sekitar £2,000 (kira-kira RM9 ribu), setara dengan pendapatan bangsawan terkemuka pada masa itu.

Bukan itu sahaja, individu ini diberikan gaji yang tinggi serta pelbagai keistimewaan, seperti hak untuk tinggal di istana.

4. Penguji Makanan Haiwan Peliharaan Profesional

Pekerjaan sebagai penguji makanan haiwan peliharaan melibatkan penilaian terhadap bau, rasa, tekstur dan konsistensi produk makanan haiwan untuk memastikan kualiti dan daya tarikannya kepada haiwan peliharaan.

Menurut HowStuffWorks, penguji makanan haiwan peliharaan profesional biasanya memperoleh sekurang-kurangnya $34,000 (kira-kira RM153 ribu) setahun. Bahkan, mereka boleh mencapai lebih daripada $100,000 setahun, bergantung kepada pengalaman dan majikan.

Sumber lain, seperti Money Pantry, menyatakan bahawa purata gaji bagi penguji makanan haiwan peliharaan adalah sekitar $45,000 (kira-kira RM202 ribu) setahun.

Selain itu, data dari Glassdoor menunjukkan bahawa penguji makanan anjing di syarikat seperti Petco mempunyai anggaran gaji antara $37,000 (kira-kira RM166 ribu) hingga $50,000 (kira-kira RM225 ribu) setahun.

5. Pembersih Muntah di Taman Tema

Pekerjaan sebagai pembersih muntah di taman tema mungkin kedengaran tidak menarik, namun ia adalah peranan penting dalam memastikan kebersihan dan keselamatan pengunjung.

Menurut artikel di WebUrbanist, seorang pekerja dilantik sebagai ‘pengumpul muntah rasmi’ di sebuah taman tema di England, melibatkan pembersihan muntah pengunjung selepas menaiki permainan ekstrem.

Dari segi pendapatan, maklumat khusus mengenai gaji pembersih muntah tidak banyak didedahkan.

Namun, dalam satu perkembangan, pekerja dalam bidang ini boleh memperoleh lebih RM100 ribu setahun.

BACA: Ini Benda “Wajib” Kena Buat Sebelum Melancong Dengan Agensi Pelancongan

BACA: Kini Berusia 124 Tahun, Kenali Henry Buaya Tertua Di Dunia

BACA: Lelaki Titip Pesan, Pencen DOTA Selepas 20 Tahun

Sumber: Career Addict, ZipRecruiter, Live Science, Glassdoor (1), HowStuffWorks (1) (2), Money Pantry, WebUrbanist

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.