Siakap Keli
Pencen Main "DOTA"
Kredit: AFP

Lelaki Titip Pesan, Pencen Main DOTA Selepas 20 Tahun

Lelaki Titip Pesan, Pencen Main DOTA Selepas 20 Tahun

Bermain permainan video atau video game sememangnya antara hobi yang menjadi kegilaan ramai sejak dahulu lagi.

Salah satunya disebabkan pendedahan awal yang kita terima tentang permainan video, yang biasanya bermula sejak kita masih kecil lagi.

Hobi tersebut kemudian dibawa hingga ke alam dewasa. Ada yang bermain game untuk mengisi kekosongan dan ada juga yang menjadikan game sebagai terapi untuk berehat seketika daripada lelahnya bekerja.

Antara permainan video yang sangat popular dan memiliki komuniti pemain yang sangat besar di serata dunia adalah DOTA.

Boleh dikatakan, mereka yang bergelar ‘kaki DOTA’ ini mula bermain permainan sebut sejak di bangku sekolah lagi.

Malah, DOTA juga merupakan antara permainan paling popular dalam kalangan pelajar universiti pada satu ketika.

Pencen DOTA selepas 20 tahun aktif, lelaki titip pesan kepada komuniti

Namun begitu, berbeza pula dengan kisah seorang individu yang dikenali sebagai @DotA2 apabila menyatakan hasrat untuk berhenti bermain DOTA ketika usianya mencecah 30-an.

Ucapan perpisahannya dimuat naik menerusi laman media sosial, Reddit pada 17 Disember lepas.

Selain itu, dia turut berkongsi segala pengalaman dan kenangan manisnya bermain DOTA sejak dari kecil sehingga meningkat dewasa.

“Saya telah bermain DOTA selama dua dekad sejak saya berumur lima tahun. Permainan ini sangat istimewa bagi saya, namun sudah tiba masanya untuk kami berpisah dan mengucapkan selamat tinggal.

“Setakat 16 Disember 2024, saya akhirnya berjaya memenuhi matlamat untuk mencapai 7k MMR sekali lagi selepas berehat selama dua tahun dari 2018 hingga 2020.

“Saya mula bermain semula ketika pandemik dan ia perjalanan yang menyeronokkan,” katanya menerusi Reddit.

Pernah bersaing dalam kejohanan tempatan

Tambah @DotA2, semasa remaja dia juga pernah menjadi pemain separuh profesional dan bersaing dalam kejohanan tempatan.

Bagaimanapun, dia terpaksa mengambil keputusan sukar untuk mengucapkan selamat tinggal ke atas permainan tersebut di atas beberapa sebab.

Baginya, DOTA pada hari ini tidak lagi sama seperti waktu dia mula bermain permainan tersebut. Hari ini, DOTA dikemaskini hampir setiap bulan.

Manakala meta permainannya sentiasa berubah untuk menjadikan DOTA lebih menarik dan lancar untuk dimainkan.

Tetapi, dia merasa gembira kerana DOTA berjaya membawa pelbagai emosi kepada para pemain, sama ada keseronokan ataupun kekecewaan.

Hargai kenangan sepanjang tempoh 20 tahun 

“Saya akan sentiasa menghargai detik-detik menghabiskan masa di kafe internet setiap malam bersama rakan-rakan.

“Menempuh perjalanan jauh demi menyertai kejohanan dan kenangan ketika masih menjadi kanak-kanak yang cuba untuk berseronok.

“Kenangan itu akan kekal bersama saya selama-lamanya. Tetapi saya perlu akui, minat saya kepada DOTA mula beransur-ansur kurang seiring dengan peningkatan usia.

“Kita bukan lagi remaja, jadi tidak boleh bermain permainan ini selama 18 jam berturut-turut. Ramai antara kita sudah pun berkeluarga, mempunyai anak-anak dan perlu bekerja.

“Jadi, sudah tiba masanya untuk kita memulakan hidup baru.

“Sekali lagi, terima kasih, DOTA untuk 20 tahun yang luar biasa,” ujar @DotA2. 

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Reddit yang lain. Rata-ratanya memahami situasi dan tanggungjawab uyang perlu digalas apabila umur meningkat dewasa.

Masa untuk bermain permainan video akan berkurang kerana tumpuan perlu diberikan kepada perkara yang lebih mustahak.

BACA: Ramai Ingat Fungsi “Headrest” Tempat Rehat Kepala, Rupanya Bukan

Sumber: Reddit

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.