Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Piala Dunia 2026: Mazraoui Dekati Yassine, Titip Pesan Solat Selepas Jaring Gol
Bintang pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui, telah mencuri perhatian ramai apabila dilihat dalam satu video tular bersama pemain muda negara itu, Gessime Yassine, selepas aksi cemerlang dalam perlawanan awal pagi tadi bersama skuad Atlas Lions.
Dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2026 tersebut, Gessime Yassine berjaya meledak satu gol penting yang membantu Maghribi mencatat kemenangan 4-2 ke atas Haiti.
Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Maghribi dalam kumpulan, malah turut memastikan mereka menamatkan saingan di tempat kedua sekali gus melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai bukan sekadar jaringan tersebut, tetapi detik selepas perlawanan yang tular di media sosial.
Dalam satu rakaman video, Mazraoui dilihat mendekati Yassine, dipercayai menasihatinya untuk menunaikan solat dua rakaat selepas menjaringkan gol buat skuad Atlas Lions.
"Kamu pulang ke rumah, ambil wuduk dan tunaikan solat dua rakaat. Dan kamu perlu berterima kasih kepada Allah," katanya.