Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

Persatuan Haiwan Malaysia Gesa UM Siasat Kematian Kucing

Azizah Najib

Persatuan Haiwan Malaysia Gesa UM Siasat Kematian Kucing

Persatuan Haiwan Malaysia menggesa pihak Universiti Malaya (UM) mewujudkan satu pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh mengenai kejadian kematian kucing yang mengerikan baru-baru ini.

Sebelum ini, tular di media sosial kes pertama yang melibatkan dua ekor kucing mati dalam keadaan menyayat hati. Bangkai kucing tersebut ditemui di dalam kawasan UM.

Menerusi muat naik di laman Facebook persatuan tersebut, dua ekor kucing ditemui tidak bernyawa dalam keadaan dipotong keempat-empat kaki. Bangkai kucing tersebut turut ditemui dengan kesan perut yang terbelah dan terburai.

“Ini demi menjaga imej universiti sebagai tempat melahirkan masyarakat bertamadun. Satu penyiasatan komprehensif perlu dilakukan dengan mengenal pasti lokasi kamera litar tertutup yang ada untuk mendapatkan rakaman individu yang memegang kucing sebelum kejadian,” tegas persatuan tersebut.

BACA: Penunggang Parah Selepas Motosikal Rempuh Kereta Peronda Yang Cuba Elak Anjing Melintas

Difahamkan, kes ini telah disiasat oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mengklasifikasikan kematian kucing itu akibat serangan dan gigitan kumpulan anjing liar.

Namun, warga UM hari ini sekali lagi digemparkan dengan penemuan bangkai seekor kucing yang mati dalam keadaan lebih kurang sama.

“Selang sehari daripada kenyataan rasmi tersebut, sekali lagi seekor bangkai kucing ditemui dalam keadaan kaki dipotong dengan paha dilapah. Penemuan disahkan oleh mahasiswa yang mendedahkan gambar-gambar yang dikenal pasti dalam kawasan Jabatan Genetik dan Mikrobiologi universiti tersebut.

“Amatlah diragui jika dikatakan serangan anjing liar namun kesan potongan kaki dan paha kucing adalah seperti bekas potongan menggunakan alat tajam,” maklum persatuan berkenaan.

BACA: Tiga Penuntut IPT Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pukul Rakan

Pihak persatuan turut menawarkan ganjaran mereka yang tampil memberikan maklumat berkenaan kejadian tersebut.

“(Persatuan) menawarkan ganjaran saguhati bernilai RM5,000.00 kepada mana-mana individu yang berani tampil memberi maklumat betul, tepat dan berserta bukti visual. Sekali gus membuat laporan polis berhubung pelaku hingga tertangkapnya pelaku dan berjaya didakwa serta dijatuhi hukuman di mahkamah.

“Butiran pengadu dijamin rahsia demi memelihara keselamatan pengadu sehingga ia menjadi kes mahkamah,” jelasnya.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan kejadian kucing yang mati dalam keadaan mengerikan itu disahkan berlaku kerana serangan anjing liar menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.

“Pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian dan susulan itu, siasatan lanjut mendapati kematian kucing berkenaan akibat diserang anjing liar di kawasan itu.

“Laporan polis ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar serta pengurusan Universiti Malaya bagi tindakan susulan,” katanya pada Rabu.

BACA: Tiada Pertuduhan Berhubung Siasatan Tender Perkhidmatan 1BestariNet KPM – SPRM

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia, Astro Awani