Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

KAFA Ahli Gabungan Kedua FAM Digantung Bulan Ini

Sofea

KAFA Ahli Gabungan Kedua FAM Digantung Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menjadi Ahli Gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kedua yang menerima tamparan hebat bulan ini selepas keahliannya digantung berkuat kuasa serta-merta bermula semalam.

Dalam kenyataan FAM hari ini, Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu secara majoriti menerusi keputusan secara bertulis bersetuju dengan cadangan tindakan untuk menggantung keahlian KAFA.

“Keputusan untuk menggantung KAFA ini dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli.

“Keputusan penggantungan ini telah dibuat berdasarkan surat FAM bertarikh 21 Dis 2024 kepada KAFA iaitu berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM berkenaan aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan KAFA Kali Ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028,” menurut kenyataan itu.

BACA: FAM Gantung PFA Kerana Gagal Patuhi Arahan FIFA

Pada 19 Dis lepas, mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM telah memutuskan bahawa Kongres KAFA kali ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028 adalah tidak sah dan telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Ini adalah kerana terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres berkenaan selain prosedur dan tatacara pengendalian Kongres KAFA itu tidak dibuat dengan teratur dan mengikut prosedur.

Sehubungan itu, FAM telah mengarahkan KAFA mengadakan semula kongres dan pemilihan berkenaan secepat mungkin.

Sebelum ini, FAM menggantung Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sebagai ahli gabungannya pada 4 Dis lepas susulan kegagalan PFA mematuhi arahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk membayar gaji tertunggak dan pampasan kontrak yang dituntut bekas Pengarah Bola Sepak PFA Matt Holland.

Penggantungan itu berkuat kuasa sehingga PFA membuat pembayaran penuh seperti yang diarahkan oleh FIFA.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: FAM Umum Nama Dua Teraju Utama Struktur Organisasi Baharu Harimau Malaya