KUALA LUMPUR, 23 Disember 2024 – Dalam usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negara ini terhadap kenderaan elektrik (EV) inovatif, Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, terus menjanjikan tahap perkhidmatan luar biasa dan ketenangan minda kepada semua pemilik BYD di Malaysia. Menjelang penghujung tahun 2024, Sime Motors telah meluaskan rangkaian perkhidmatan lepas jualan komprehensif BYD kepada 21 pusat servis di seluruh negara.
Rangkaian Lepas Jualan Komprehensif BYD di Malaysia
Dengan 21 pusat servis yang terletak secara strategik di serata Semenanjung dan Malaysia Timur, termasuk 17 Pusat Servis Sah yang dilengkapi kemudahan Baik Pulih & Cat Badan Kereta (B&P), rangkaian lepas jualan BYD yang meluas menyediakan khidmat sokongan serba lengkap, dengan tumpuan untuk memudahkan kunjungan pelanggan di kawasan-kawasan utama seperti Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor Baharu, Pantai Timur, Sarawak dan Sabah. Kemudahan ini menawarkan perkhidmatan pembaikan badan kereta pakar, disokong oleh juruteknik EV bertauliah, dilengkapi dengan peralatan canggih dan sistem tempat letak kereta hidraulik terkini.
Kemudahan Canggih BYD
BYD Sime Motors mengutamakan kecekapan dan kepuasan pelanggan melalui kemudahan terkini untuk menjamin pengalaman pemilikan yang menyeluruh, dengan penjagaan rapi terhadap setiap kenderaan.
- Hab Pengedaran Alat Ganti (PDC) Berpusat:
Hab yang diuruskan secara digital ini memastikan penghantaran alat ganti yang tepat, cepat dan mencukupi kepada pusat servis dan pengedar di seluruh negara. Dengan inventori optimum dan pengedaran terselaras, BYD menjamin masa pembaikan kenderaan yang minimum.(Gambar Rujuk Lampiran 3 & 4)
- Pusat Pemeriksaan Prapenyerahan (PDI):
Kemudahan canggih ini memastikan setiap kenderaan menjalani pemeriksaan kualiti yang teliti sebelum diserahkan kepada pelanggan. Pusat ini dilengkapi dengan sistem tempat letak kereta mekanikal tiga peringkat, mengoptimumkan kecekapan ruang, sambil memastikan keselamatan kenderaan sepanjang proses pemeriksaan dan persediaan (Gambar Rujuk Lampiran 10)
- Pusat Servis BYD dengan Kelengkapan EV Serba Maju
Semua pusat servis BYD dilengkapi dengan peralatan khusus untuk penyenggaraan EV. Pelanggan boleh menikmati keselesaan di lounge premium dengan tempat duduk dan ruang kerja selesa sambil menunggu kenderaan diservis. (Gambar Rujuk Lampiran 5 & 6)
- Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kereta (B&P):
BYD Sime Motors menawarkan perkhidmatan pembaikan badan kereta menggunakan teknologi terkini. Juruteknik terlatih memastikan setiap pembaikan memenuhi piawaian asal pengeluar, untuk memulihkan kenderaan kepada keadaan sedia kala. (Gambar Rujuk Lampiran 1 & 2)
Juruteknik Kenderaan Elektrik Mahir
Kecemerlangan perkhidmatan BYD didorong oleh pasukan juruteknik Voltan Tinggi (HV) bertauliah yang menjalani latihan berterusan bagi memastikan pensijilan 100% sentiasa dikekalkan. Pasukanprofesional ini mengikuti program latihan berstruktur dan peringkat yang menyeluruh, membekalkan mereka dengan kemahiran yang mendalam untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan EV yang bertaraf tinggi. (Gambar Rujuk Lampiran 7 & 8)
Waranti Menyeluruh dan Bantuan Tepi Jalan 24/7
Sejajar dengan komitmen untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan, Sime Motors menawarkan pakej waranti eksklusif dan perkhidmatan pelanggan luar biasa, termasuk:
- 6 tahun atau 150,000 km untuk kenderaan
- 8 tahun atau 160,000 km (penggantian bateri jika SOH jatuh di bawah 70%)
- 8 tahun atau 150,000 km untuk unit pacuan
Pelanggan boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan BYD di 1300-38-1888 untuk sokongan perkhidmatan lanjut, Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang, yang sedia menjawab pertanyaan dan menerima maklum balas. Di samping itu, kemudahan Bantuan Tepi Jalan BYD juga menyediakan perkhidmatan 24/7 di seluruh Malaysia menerusi Talian Perkhidmatan Pelanggan BYD, memastikan bantuan sentiasa dapat disalurkan mengikut keperluan. (Gambar Rujuk Kepada Lampiran 9)
Pakej Servis Fleksibel untuk Memenuhi Setiap Keperluan
Selain daripada menawarkan waranti dan bantuan tepi jalan, BYD turut menyediakan Pakej Servis yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Pakej ini boleh didapati dalam pilihan 3, 6 dan 8 tahun, dan ditawarkan dalam dua kategori, Standard dan Plus yang boleh disesuaikan mengikut corak dan tahap penggunaan pelanggan. Pakej ini boleh dibeli secara berasingan atau digabungkan dengan pinjaman kereta untuk kemudahan tambahan.
Pakej Servis ini dirancang untuk menyediakan pengalaman selepas jualan yang lancar, dengan menjamin harga servis semasa, lantas melindungi pelanggan daripada inflasi. Dengan menghantar kenderaan ke Pusat Servis Sah BYD, pelanggan memastikan kereta mereka menerima penjagaan pakar, mengekalkan prestasi optimum dan juga melanjutkan jangka hayat kenderaan.
Menjelang penghujung tahun 2024, BYD Sime Motors terus berusaha untuk menetapkan piawaian baharu dalam perkhidmatan pelanggan, memastikan pengalaman pemilikan yang memuaskan, boleh dipercayai dan ganjaran kepada pelanggan EV di Malaysia, menyediakan landasan bagi mencapai pertumbuhan dan inovasi berterusan pada 2025.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi https://byd.simedarbymotors.my atau mengikuti laman media sosial www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.