Siakap Keli
kiraan dividen ASB
Gambar: Bernama

Tak Perlu Pening, Ini Cara Mudah Kira Dividen ASB

Tak Perlu Pening, Ini Cara Mudah Kira Dividen ASB

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini telah mengumumkan mengenai jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang bakal diterima oleh pemegang unit.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pemegang unit akan mendapat dividen sebanyak 5.75 sen seunit.

Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.

PNB berkata seramai 11.1 juta pemegang unit ASB akan mendapat manfaat pengagihan pendapatan sebanyak RM10.1 bilion itu.

Menurut PNB lagi, pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana terbabit.

Selain itu, unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2025.

Pun begitu, pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk tahu mengenai jumlah dividen yang akan diterima masing-masing.

Jangan risau, kerana anda sendiri boleh melakukan pengiraan untuk mengetahui mengenai jumlah dividen tersebut.

Cara Kira Dividen ASB

Seperti yang dinyatakan PNB, pengiraan dividen ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan. Perlu diingatkan tempoh matang simpanan ASB adalah selama 12 bulan atau setahun.

Setiap baki daripada bulan pertama akan dibawa ke bulan seterusnya mengikut senario (situasi) tertentu oleh pelabur.

Jumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan kemudian akan didarab dengan jumlah dividen sebelum dibahagikan dengan 12 bulan untuk mengetahui jumlah wang.

Berikut adalah cara pengiraan bagi setiap situasi;

Situasi 1: Auto Labur

Bagi situasi ini, pemegang membuat pelaburan secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut tanpa sebarang pengeluaran.

Berikut cara kira yang betul;

Situasi 2: Pelaburan melalui pembiayaan ASB

Situasi seterusnya, pemegang tidak membuat pelaburan tambahan dalam tempoh tahun kewangan. Ia termasuk pelabur yang membuat potongan bulanan Auto Labur di myASNB.

Berikut cara pengiraannya;

Situasi 3: Pelaburan dengan pengeluaran setiap bulan

Bagi mereka yang membuat jualan balik dalam talian sebanyak RM300 setiap bulan dan tidak membuat pelaburan tambahan dalam tempoh tahun kewangan.

Berikut adalah cara pengiraan dividen ASB;

Situasi 4: Tiada baki dalam akaun ASB

Situasi ini bermaksud anda sebagai pelabur telah menjual semula kesemua unit dalam akaun ASB sebelum pertengahan tahun menjadikan baki pada bulan akhir tahun kewangan adalah kosong.

Tentu anda tertanya-tanya bagaimana pula cara pengiraan dividen saham anda bukan?

Ini cara kiranya;

Sumber: ASNB

BACA: Agihan Pendapatan ASB 2024, 5.50 Sen, Bonus 0.25 Sen – PNB

BACA: Fosil Bayi Mamut “Rare” Ditemui Di Siberia

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.