Siakap Keli
azerbaijan airlines terhempas
Kredit: Laman X

Azerbaijan Airlines Terhempas: 28 Orang Dilapor Selamat

Azerbaijan Airlines Terhempas: 28 Orang Dilapor Selamat

Seramai 28 orang terselamat dalam tragedi pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Aktau, Kazakhstan, pada Rabu, lapor AFP.

Pesawat yang membawa 62 penumpang dan lima anak kapal itu dilaporkan telah melencong dari laluan yang dijadualkan dan terhempas sekitar jam 6.30 pagi waktu tempatan.

Kementerian pengangkutan Kazakhstan berkata daripada 62 penumpang itu, 37 orang adalah dari Azerbaijan, enam dari Kazakhstan, tiga dari Kyrgyzstan dan 16 dari Rusia.

“Menurut maklumat awal, 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital,” kata Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan.

Kementerian itu juga berkata pihaknya telah menggesa kakitangannya ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran yang berlaku selepas pesawat itu terhempas.

“Seramai 52 anggota bersama 11 unit jentera Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan dikejarkan ke lokasi. Pasukan penyelamat segera menjalankan operasi memadam kebakaran,” kata kementerian itu.

BACA: Pesawat Azerbaijan Airlines Terhempas Di Aktau, Kazakhstan

Sementara itu, Kementerian Kesihatan pula memaklumkan penerbangan khas sedang dihantar dari ibu negara Kazakhstan, Astana. Doktor dan pakar juga dibawa untuk merawat mangsa yang cedera.

Susulan kejadian itu, Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev telah memendekkan lawatan ke Rusia di mana beliau sepatutnya menghadiri sidang kemuncak tidak rasmi bagi pemimpin Komanwel Negara Merdeka.

Aliyev juga telah mengarahkan agar siasatan dilakukan segera untuk mengetahui punca kejadian terbabit.

Isterinya yang juga Naib Presiden Azerbaijan, Mehriban Aliyeva turut menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat.

“Saya sangat sedih dengan berita tragis yang menyebabkan kehilangan nyawa ini.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran. Saya juga berharap agar mereka yang cedera cepat sembuh,” katanya di Instagram.

Di samping itu, pihak berkuasa Kazakhstan juga turut membuka siasatan ke atas nahas tersebut.

Pesawat Embraer 190 itu dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Baku, iaitu ibu kota Azerbaijan ke bandar Grozny di Chechnya di selatan Rusia sebelum terhempas.

Video yang memaparkan detik-detik ketika pesawat itu terhempas juga telah tular di media sosial.

https://x.com/fl360aero/status/1871848415501418959

Sumber: AFP

BACA JUGA: Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Orang Terkorban

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.