Pempengaruh, Nazirul Hakim Meninggal Dunia
Pempengaruh dan pencipta kandungan berkisar suasana kampung, Muhammad Nazirul Hakim Arman, 29 tahun, meninggal dunia pada Khamis, lapor Astro Gempak.
Berita pemergian Allahyarham itu disampaikan oleh sahabatnya, Azmeer Iskandar di laman X miliknya.
“Pada yang mengenali Nazirul Hakim atau lebih dikenali iamNazirul di media sosial, beliau telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah,” katanya.
BACA: Nahas WCE: Isteri Sempat Mohon Maaf Sebelum Meninggal Dunia – Suami
Sementara itu, pemergian Allahyarham akibat jangkitan kuman turut disahkan oleh seorang lagi kenalannya, Akhi Fairuz.
“Telah pergi sahabat saya @iamnazirul ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hosptal akibat jangkitan kuman,” jelasnya.
Terdahulu, Nazirul pernah tular di media sosial apabila memuat naik kandungan media sosial berkisarkan suasana di kampung. Tidak hanya memaparkan tentang suasana, video yang dimuat naik turut mengetengahkan keindahan kehidupan di desa, antaranya seni bina rumah tradisional Melayu dan pekan-pekan kecil.
Pernah menerima pengiktirafan daripada kerajaan negeri Perak, perunding pelancongan itu turut dianugerahkan sebagai Key Opinion Leader (KOL) Of The Year bagi tahun ini.
https://www.instagram.com/p/DAqkH5nTcIO/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
BACA: Nahas KM204: Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Meninggal
Menerusi muat naik di laman Instagramnya, Allahyarham bersyukur atas pemberian anugerah tersebut setelah empat tahun mempromosikan negeri Perak atas dasar cinta terhadap negeri itu.
“Hampir empat tahun bertungkus lumus mempromosikan Perak secara sukarela dan tidak pernah satu sen pun teman terima dari mana mana pihak. Teman buat semua atas sebab cinta dengan negeri ini.
“Di Negeri Perak juga teman banyak belajar tentang budaya, seni binaan yang unik dan makanan nya yang sedap yang tidak ada di mana mana. Disebabkan itu juga tercetusnya Trip Kampung Teman,” ujar Allahyarham.
Allahyarham turut meluahkan penghargaan atas segala sokongan dari kenalan rapat, rakan di media sosial dan ibunya.
https://www.instagram.com/reel/DBjEDvTuMAz/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
BACA: Pempengaruh Media Sosial, Man Kulim Meninggal Dunia
Sumber: Astro Gempak, iamnazirul