Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Puas Hati Motosikal Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar

Azizah Najib
wanita bakar motosikal
Kredit: JBPM Taiping Via Bernama

Tak Puas Hati Motosikal Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar

IPOH, 27 Disember (Bernama) — Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping petang semalam dan video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata wanita berusia 40-an itu telah ditahan semalam untuk siasatan lanjut.

“Pada pukul 4.27 petang (26 Dis), polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian seorang wanita membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping. Wanita itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: Kotak Hitam Kedua Ditemukan Di Lokasi Nahas Pesawat Azerbaijan Airlines

Mohamad Nasir berkata berdasarkan siasatan awal, mendapati motif kejadian berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan tindakan penarik motosikal yang ingin menarik motosikal tersebut kerana ansuran tertunggak selama 20 bulan.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

BACA: Pempengaruh, Nazirul Hakim Meninggal Dunia

BACA: Kecuaian Perubatan: Bekas Pengawal Keselamatan Terima Ganti Rugi RM1.8 Juta

Sumber: Bernama