Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kotak Hitam Kedua Ditemukan Di Lokasi Nahas Pesawat Azerbaijan Airlines

Azizah Najib
Kotak Hitam Kedua azerbaijan
Kredit: AFP

Kotak Hitam Kedua Ditemukan Di Lokasi Nahas Pesawat Azerbaijan Airlines

MOSCOW, 27 Disember (Bernama) — Satu lagi kotak hitam ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran Aktau, Kazakhstan kata Pendakwa Pengangkutan Wilayah Mangystau Kazakhstan, Abylaibek Ordabaev pada Khamis, menurut agensi berita Sputnik/RIA Novosti.

“Dua perakam penerbangan telah ditemukan dan akan diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan untuk dianalisis,” kata Ordabaev, seperti yang dipetik oleh agensi berita Kazinform.

Agensi penguatkuasa undang-undang Rusia dan Azerbaijan akan turut serta dalam siasatan nahas pesawat berkenaan, tambah laporan itu.

BACA: Azerbaijan Airlines Terhempas: 28 Orang Dilapor Selamat

BACA: Pesawat Azerbaijan Airlines Terhempas Di Aktau, Kazakhstan

Sumber: Bernama