Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Minyak enjin
Kredit: ChatGPT
Tiada Kategori

Sintetik, Semi-Sintetik & Mineral, Ini Beza 3 Jenis Minyak Enjin

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sintetik, Semi-Sintetik & Mineral, Ini Beza 3 Jenis Minyak Enjin

Seiring dengan peredaran zaman, kereta menjadi satu keperluan yang mendesak untuk setiap isi keluarga.

Kenderaan peribadi itu pula akan digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk keluar bersantai, bekerja atau mengangkut barang.

Jadi, kereta memang akan digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di atas jalan. Oleh itu, pemilik perlu menjaga kereta dengan baik supaya ia boleh terus bergerak tanpa masalah.

Salah satunya adalah penjagaan minyak enjin atau biasa disebut sebagai minyak hitam.

Bagaimanapun, bukan semua arif tentang penjagaan kereta, apatah lagi mahu menentukan sendiri minyak enjin mana yang sesuai untuk kereta masing-masing.

Memilih minyak enjin yang betul bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi enjin, namun ia turut memastikan kereta anda dapat berfungsi dan berjalan dengan lancar.

Akan tetapi, macam mana nak kenal pasti jenis-jenis minyak hitam kereta yang ada di pasaran dan bagaimana nak pilih yang terbaik untuk kereta kita?

Menurut hantaran Muhammad SE di Facebook, beliau telah berkongsi perbezaan tiga minyak hitam iaitu sintetik, semi-sintetik dan mineral.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Fahami perbezaan tiga jenis minyak enjin untuk kereta

“Bro, aku tengah bingung mahu pilih minyak enjin. Ada sintetik, semi-sintetik, dan mineral. Mana satu sesuai untuk kereta aku?”

Ini soalan yang selalu saya dengar.

Jadi, mari kita fahami apa beza tiga jenis minyak enjin ini supaya kau boleh buat pilihan tepat.

Minyak sintetik

Minyak yang dihasilkan sepenuhnya melalui proses kimia. Ia dirumus khas untuk memberikan perlindungan maksimum kepada enjin, walaupun dalam keadaan ekstrem.

“Kau dapat minyak yang bersih tanpa sebarang kekotoran semulajadi. Itu minyak sintetik – direka untuk tahan tekanan tinggi dan suhu ekstrem.”

Kelebihan minyak sintetik

Tahan lama, interval servis lebih panjang, sesuai untuk pemanduan jauh. Prestasi Tinggi: Kekal stabil dalam suhu enjin yang tinggi.

Melindungi enjin, kurangkan geseran dan haus pada komponen bersih tidak tinggalkan deposit karbon dalam enjin.

Minyak semi-sintetik

Campuran antara minyak sintetik dan minyak mineral. Ia memberikan keseimbangan antara harga yang berpatutan dan prestasi baik.

“Kalau kau mahu jimat tapi tetap mahu perlindungan lebih baik daripada minyak mineral, semi-sintetik adalah pilihan yang bagus.”

Kelebihan minyak semi-sintetik

Harga lebih berpatutan, alternatif lebih murah berbanding minyak sintetik. Memberi perlindungan cukup untuk kegunaan harian.

Popular, digunakan oleh ramai pemandu untuk kegunaan biasa.

Minyak mineral

Minyak asas yang dihasilkan terus dari minyak mentah, dengan sedikit atau tiada bahan tambahan. Ia sesuai untuk enjin lama atau kereta yang jarang digunakan.

“Minyak mineral ni paling asas, sesuai untuk enjin lama, tapi dia kurang tahan suhu tinggi dan cepat teroksida.”

Kelebihan minyak mineral

Pilihan paling murah di pasaran. Mudah didapati, sesuai untuk enjin lama atau pemanduan jarak pendek. Kurang aditif, api ini juga bermakna perlindungan lebih rendah.

Mana satu pilihan kita

1. Minyak Sintetik

Kalau kau mahu perlindungan terbaik untuk enjin moden,selalu memandu jauh, atau bawa kereta dalam keadaan ekstrem, sintetik adalah pilihan tepat.

2. Minyak Semi-Sintetik

Sesuai untuk pemanduan harian yang sederhana. Ia menawarkan prestasi baik dengan kos yang tidak terlalu mahal.

3. Minyak Mineral

Kalau kau ada kereta lama atau jarang guna, mineral adalah pilihan jimat. Tapi, jangan guna untuk enjin moden, sebab ia kurang sesuai.

“Kalau begitu, aku pilih sintetik. Tidak rugi melabur untuk jaga enjin dengan lebih baik,” sambungnya.

“Betul tu, bro. Minyak enjin bukan sekadar pelincir – ia adalah nyawa enjin kau. Pilihlah yang sesuai dengan gaya pemanduan dan jenis enjin kau.”

Jadi, jangan abaikan penjagaan enjin. Pilih minyak enjin yang sesuai, dan pastikan kau ikut jadual servis untuk elak kerosakan enjin di masa depan.

Apapun, ikutlah cadangan dari pihak pengeluar.

BACA: Pesalah Khalwat Berulang Jalani Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai Di Terengganu

Sumber: Muhammad SE via Facebook