Siakap Keli
Perkhidmatan Maybank tergendala
Sumber: Amanz via Astro Awani

Beberapa Perkhidmatan Maybank Tergendala Pada 31 Disember

Beberapa Perkhidmatan Maybank Tergendala Pada 31 Disember

Maybank dilaporkan bakal menjalankan penyelenggaraan bulanan terhadap sistem utama pada 31 Disember 2024 (esok).

Justeru itu, beberapa perkhidmatan yang melibatkan akses kepada sistem-sistem terlibat dijangka akan tergendala sementara.

Gangguan ini akan berlaku antara pukul 11.30 malam hingga 11.59 malam pada tarikh tersebut.

Difahamkan, perkhidmatan yang terjejas termasuk Maybank2u, Aplikasi MAE & Aplikasi QRPayBiz, Pembayaran Dalam Talian FPX, Transaksi Kad Debit, Terminal Layan Diri (ATM) dan Deposit Tunai & Mesin Deposit Cek.

Untuk info, penyelenggaraan ini dilakukan sebagai persediaan untuk kempen beli-belah bulanan 1.1, bagi memastikan kelancaran transaksi tanpa sebarang gangguan.

Dalam pada itu, Maybank memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama daripada semua pihak.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi pihak bank melalui emel di [email protected].

BACA: 179 Disahkan Terkorban Dalam Nahas Pesawat Jeju Air

BACA: Bekas Presiden AS Jimmy Carter Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

BACA: Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Kelantan

Sumber: Amanz via Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.