Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Kelantan

Hannah
Banjir Kelantan
Sumber: Orang Awam

Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Kelantan

Hujan lebat berterusan yang melanda negeri Kelantan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

Peningkatan paras air telah menjejaskan banyak kawasan, terutama kawasan rendah, dan menjejaskan perhubungan jalan darat.

Berdasarkan laman Facebook Info Banjir Kelantan, beberapa video yang dikongsikan menunjukkan situasi terkini banjir yang semakin membimbangkan.

Dalam satu rakaman, kelihatan air mula melimpah ke jalan raya, menyebabkan laluan ditutup atau hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

Keadaan ini telah menyukarkan pergerakan penduduk, terutamanya mereka yang bergantung kepada jalan darat sebagai laluan utama.

https://www.facebook.com/reel/593816766843311

Selain itu, penduduk tempatan turut berkongsi video keadaan kawasan kediaman mereka yang sudah mula dinaiki air.

Dalam rakaman yang lain, kelihatan air deras mengalir di beberapa kawasan, menunjukkan betapa seriusnya keadaan banjir ini.

Justeru, penduduk di kawasan yang berisiko tinggi diminta sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan situasi banjir.

Penduduk yang terjejas perlu sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri serta keluarga mereka.

Penduduk juga dinasihatkan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan dan tidak mengambil risiko dengan meredah air banjir, terutamanya apabila aliran air kelihatan deras.

Semoga semua mangsa terjejas dipermudahkan segala urusan.

BACA: Banjir Kelantan: Jalan Terputus, Tanah Runtuh Jejas Perhubungan Jalan Darat

BACA: Benteng Takungan Air Sebelah Taman Sri Alam Pecah, Tiada Kemalangan Jiwa

BACA: Sistem JICA Berpotensi Tangani Banjir – Pakar

Sumber: Orang Awam