Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
JICA banjir
Sumber: BERNAMA

Sistem JICA Berpotensi Tangani Banjir – Pakar

Hannah

Sistem JICA Berpotensi Tangani Banjir – Pakar

KOTA BHARU, 30 Dis (Bernama) — Dalam Rancangan Malaysia ke-12, iaitu bagi tempoh 2021-2025, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM950 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk memulihara sungai dan kegunaan ketika kecemasan luar jangka yang berkaitan dengan banjir.

Daripada jumlah itu, RM410 juta adalah untuk memulihara sungai bagi mengurangkan risiko banjir sementara bakinya diperuntukkan, antaranya kepada kerja-kerja membaik pulih struktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara.

Jumlah itu tidak termasuk peruntukan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam menangani masalah banjir di negara ini seperti pelaksanaan projek tebatan banjir di kawasan berisiko.

Pakar menganggarkan perbelanjaan berkaitan pengurusan banjir akan terus meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kerana perubahan iklim yang dialami oleh dunia sekarang dijangka memburukkan lagi musibah bencana alam termasuk banjir.

Sehubungan itu, mereka mengesyorkan agar pihak berwajib menjalankan kajian dengan lebih kerap bagi meneliti perubahan cuaca dan seterusnya membantu negara bersedia mendepani bencana alam yang lebih buruk pada masa akan datang.

PERUBAHAN IKLIM

Ahli Tetap Institut Sains Samudera dan Bumi, Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata agak sukar untuk menjangkakan situasi banjir yang berlaku semasa Monsun Timur Laut kerana ada faktor lain yang mempengaruhi jumlah taburan hujan.

“Selalunya jaluran hujan lebat semasa awal Monsun Timur Laut ialah di pesisir pantai timur dan selatan Thailand. Jadi, setiap tahun semasa Monsun Timur Laut akan terjadi banjir sama ada di pantai timur atau selatan Thailand.

“Sama ada keadaan banjir itu teruk atau tidak dipengaruhi oleh angin luruan monsun. Lagi kencang angin luruan, lagi banyak hujan (yang dibawa) dan (keadaan) bertambah buruk sekiranya pada masa sama berlaku air pasang besar,” jelasnya ketika dihubungi.

Oleh itu kata beliau, amat penting dijalankan kajian dari semasa ke semasa bagi meneliti trend dan corak cuaca, terutamanya kerana dunia sedang mengalami perubahan iklim.

BACA: KAFA Ahli Gabungan Kedua FAM Digantung Bulan Ini

Sementara itu, pakar iklim Prof Dr Fredolin Tangang berkata dalam keadaaan krisis iklim yang semakin meruncing, kerajaan perlu memikirkan kaedah untuk meningkatkan daya tahan negara terhadap impak perubahan iklim seperti banjir dan kemarau,

“Kalaupun kita boleh ramal lebih awal, bila kejadian berlaku tetap mengakibatkan kerugian mencecah bilion ringgit. Justeru, perlu difikirkan bagaimana kita hendak beradaptasi kerana krisis iklim dijangka lebih buruk dalam tempoh beberapa dekad lagi,” katanya kepada Bernama.

Fredolin yang pernah mengetuai Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, turut menegaskan peri pentingnya komitmen pihak berwajib dalam memastikan pembangunan lestari dan tidak meningkatkan keterdedahan negara kepada bencana iklim.

“Kita boleh memberi perhatian kepada usaha adaptasi iklim bersepadu, tetapi bolehkah kita memastikan pembangunan akan datang lebih mampan dan tidak meningkatkan pendedahan kepada bencana iklim? Kita berdepan bukan sahaja cuaca ekstrem seperti hujan lebat, banjir, kemarau serta gelombang haba, tetapi juga kenaikan aras laut yang boleh menenggelamkan kawasan rendah di Malaysia dan menjadi ancaman kepada kawasan pertanian,” katanya.

Mengulas lanjut, Fredolin berkata Malaysia perlu melihat kembali sama ada projek mitigasi banjir yang dilaksanakan sebelum ini mampu menangani keamatan hujan lebih tinggi sekarang yang disebabkan oleh perubahan iklim.

POTENSI SISTEM JICA

Menurut pakar, sistem pengurusan banjir Jepun adalah antara yang terbaik di dunia dan Malaysia boleh meneliti untuk menerima guna pendekatan serupa.

Sistem pengurusan banjir yang dibangunkan oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) itu bersandarkan pendekatan bersepadu merangkumi infrastruktur, teknologi, pendidikan dan kolaborasi pelbagai pihak.

Mengulas lanjut sistem pengurusan banjir JICA, pakar tadbir urus alam sekitar dan sains kelestarian Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman daripada Universiti Putra Malaysia berkata JICA menggunakan pendekatan Multi-Layered Flood Management yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pencegahan struktur; pencegahan bukan struktur dan pelan pemulihan segera selepas banjir.

“Pencegahan struktur melibatkan antaranya pembinaan empangan, terusan banjir serta kawasan takungan, manakala pencegahan bukan struktur pula meliputi sistem amaran awal, peta risiko banjir serta pendidikan awam, sementara pelan pemulihan segera selepas banjir merangkumi bantuan kepada komuniti.

“Kita boleh lihat projek Sungai Arakawa di Tokyo apabila sebuah terusan besar dibina untuk mengalihkan air dari Sungai Arakawa ke kawasan lain bagi mengelakkan banjir bandar. Terowong bawah tanah sepanjang 6.3 kilometer itu mampu menampung aliran air hingga 200,000 meter padu sesaat atau 720 juta meter padu per jam dan kesannya tiada banjir besar di Tokyo dalam tempoh 30 tahun terakhir meskipun berdepan hujan lebat,” katanya kepada Bernama.

BACA: Hanya Rodri Pengubat Duka Lara Man City? Ini Alasannya

Beliau berkata antara sebab Malaysia memerlukan sistem seperti yang dibangunkan oleh JICA ialah kekerapan dan tahap impak bencana itu ke atas masyarakat dan negara.

“Lebih-lebih lagi perubahan iklim yang meningkatkan taburan hujan, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat dan banjir besar. Impak bencana semakin besar disebabkan kurangnya infrastruktur saliran bersepadu, kerana sistem sedia ada ini masih bergantung pada infrastruktur lama yang tidak lagi mampu membendung jumlah air hujan yang luar biasa sekarang,” jelasnya.

Senada, Felow Kanan Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Prof Dr Zulkifli Yusop berkata sekarang adalah masa untuk negara ini mewujudkan sistem pengurusan banjir seperti yang dibangunkan oleh Jepun itu.

“Banjir akan datang dijangka lebih besar dengan kesan yang lebih teruk jika tiada pelaburan untuk menyediakan struktur mitigasi. Kelantan merupakan satu-satunya negeri (selain Wilayah Persekutuan) yang masih tidak mempunyai empangan, sama ada untuk kawalan banjir atau bekalan air, dan fasiliti ini perlu dibina di bahagian hulu lembangan.

“Di bahagian hilir pula boleh dibina struktur tebatan banjir seperti tembok banjir atau penghadang banjir di sepanjang sungai yang berlaku limpahan air banjir. Malah, pam atau kolam takungan dan terusan lencongan juga boleh dipertimbangkan,” katanya.

SESUAIKAN SISTEM JICA DENGAN SITUASI TEMPATAN

Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan di Universiti Sultan Zainal Abidin Prof Dr Hafizan Juahir berkata Malaysia boleh menerima guna sistem yang dibangunkan oleh JICA namun perlu disesuaikan dengan keadaan tempatan.

“Antara ciri-ciri yang boleh diterima guna ialah perancangan berasaskan data dengan menggunakan pemodelan komputer dan analisis data untuk meramalkan banjir, mengkaji punca dan merancang mitigasi.

“Infrastruktur bersifat inovatif seperti membina terowong bawah tanah ‘Tokyo Flood Tunnel’ untuk mengalihkan air ke kawasan selamat, Malaysia boleh membina infrastruktur serupa di bandar-bandar utama seperti Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu.

“Selain itu, Malaysia perlu melabur dalam kajian saintifik untuk memahami punca banjir unik di kawasan pantai timur Semenanjung termasuk perubahan iklim dan urbanisasi,” katanya.

Beliau turut mengesyorkan pihak berwajib memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk membuat ramalan banjir dengan lebih tepat serta menggunakan sensor bagi mengesan paras air sungai dan saliran agar amaran dapat disalurkan pada masa nyata kepada pihak bertanggungjawab.

BACA: “Saya orang Inggeris, bukan Malaysia” – Josh Brownhill

Haliza pula berkata sistem pemetaan risiko juga boleh diwujudkan dengan menggunakan teknologi satelit dan Sistem Maklumat Geografi atau GIS, seperti Peta Risiko Banjir Jepun yang memaparkan zon risiko berdasarkan jumlah taburan hujan dan potensi limpahan sungai.

“Jepun berjaya mengurangkan impak banjir melalui pendidikan dan latihan berterusan kepada rakyatnya tentang cara menghadapi bencana, justeru Malaysia boleh memperkenalkan kempen kesedaran bencana serta pendidikan kepada komuniti tentang langkah-langkah keselamatan dan pelan pemindahan,” tambah beliau.

Pada 3 Dis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneliti cadangan daripada hasil kajian JICA untuk membina tebing tinggi di semua kawasan pantai bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negara.

Katanya, cadangan yang pernah dibangkitkan sekitar 20 tahun lepas itu boleh diusahakan selepas projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara selesai dilaksanakan.

Anwar berkata kerajaan telah memperuntukkan hampir RM15 bilion bagi projek RTB di seluruh negara sebagai ikhtiar mengawal masalah banjir, selain menggunakan teknologi terkini bagi meramal cuaca untuk dimaklumkan kepada rakyat.

Bagaimanapun beliau sedar langkah-langkah tersebut masih tidak mencukupi.

Sumber: BERNAMA