Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Saya orang Inggeris, bukan Malaysia” – Josh Brownhill
Kapten pasukan Burnley FC, Josh Brownhill menafikan bahawa dirinya layak untuk mewakili pasukan Malaysia.
Pemain berusia 29 tahun itu berkata demikian selepas mengeluarkan satu kenyataan di Instagram Story miliknya.
Ia susulan terdapat pelbagai khabar angin dan spekulasi mengenai latar belakang keluarganya yang memungkin Borwnhill untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
“Saya tidak pasti bagaimana perkara ini bermula, tetapi saya ingin menjelaskannya. Bagaimanapun, terima kasih atas sokongan anda,” tulisnya.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa bahawa pemain dari Liga Perdana Inggeris itu bakal menjadi salah seorang prospek hangat pemain warisan negara.
Sumber: Instagram Josh Brownhill