Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
planet baharu
Kredit: NASA/JPL-Caltech/Keith Miller (Caltech/IPAC)
Planet Baharu Bersaiz Bumi Dikesan, Berpotensi Untuk Didiami

Sofea

Planet Baharu Bersaiz Bumi Dikesan, Berpotensi Untuk Didiami

Ahli astronomi telah mengenal pasti sebuah planet baharu bersaiz bumi yang berpotensi untuk didiami, terletak kira-kira 146 tahun cahaya dari bumi, dengan keadaan yang dipercayai mempunyai persamaan dengan planet marikh.

Memetik laporan The Guardian, planet yang dikenali sebagai HD 137010 b itu mengorbit sebuah bintang seakan matahari dan dianggarkan sekitar 6 peratus lebih besar daripada bumi.

Penemuan itu dibuat oleh pasukan penyelidik antarabangsa dari Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Denmark menggunakan data yang dirakam pada tahun 2017 oleh teleskop angkasa Kepler milik NASA menerusi misi lanjutannya, K2.

Penyelidik Universiti Southern Queensland (USQ), Dr Chelsea Huang berkata HD 137010 b melengkapkan satu orbit mengelilingi bintangnya dalam tempoh kira-kira 355 hari, hampir menyerupai tempoh orbit bumi.

Para saintis menganggarkan planet itu mempunyai kira-kira 50 peratus kebarangkalian berada dalam zon boleh didiami bintangnya.

“Apa yang sangat mengujakan tentang planet bersaiz Bumi ini ialah bintangnya terletak hanya sekitar 150 tahun cahaya dari sistem suria kita,” kata Huang.

Beliau turut menjelaskan bahawa planet paling hampir setanding yang diketahui setakat ini, iaitu Kepler-186f, yang juga mengorbit bintang seakan matahari dalam zon boleh didiami, berada pada jarak empat kali lebih jauh dan sekitar 20 kali lebih malap.

HD 137010 b dikesan menggunakan kaedah transit, iaitu apabila planet tersebut melintas sebentar di hadapan bintangnya, sekali gus menyebabkan penurunan cahaya bintang itu secara kecil dan sementara.

Planet baharu

Isyarat yang sangat lemah itu pada mulanya dikesan oleh sekumpulan saintis awam, termasuk penulis utama kajian tersebut, Dr Alexander Venner, ketika beliau masih bersekolah menengah.

“Saya terlibat dalam projek sains awam yang dikenali sebagai Planet Hunters ketika masih di sekolah menengah dan pengalaman itu memainkan peranan besar tentang bagaimana saya mula berkecimpung dalam dunia penyelidikan,” kata Venner, yang kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Universiti Southern Queensland (USQ).

“Ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa apabila dapat kembali kepada kerja ini dan menemui satu penemuan yang begitu penting," katanya.

Menurut Dr Chelsea Huang, reaksi awal pasukan penyelidik terhadap penemuan tersebut adalah rasa tidak percaya.

“Reaksi pertama kami ialah, ini mustahil. Namun kami menyemak dan menyemak semula data berkali-kali dan akhirnya mendapati ia merupakan contoh klasik transit sebuah planet," katanya.

Huang turut menjelaskan bahawa tahap kecerahan dan jarak bintang yang diorbit oleh HD 137010 b menjadikannya dalam jangkauan untuk diperhatikan menggunakan generasi teleskop seterusnya.