Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
179 terkorban Jeju Air
Sumber: BBC

179 Disahkan Terkorban Dalam Nahas Pesawat Jeju Air

Hannah

179 Disahkan Terkorban Dalam Nahas Pesawat Jeju Air

Sejumlah 179 orang maut dalam nahas pesawat yang melibatkan penerbangan Jeju Air di Korea Selatan pada Ahad lalu.

Pesawat Boeing 737-800 itu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di bahagian selatan negara itu.

Kejadian ini meragut nyawa hampir semua penumpang dan kru di dalam pesawat, dengan hanya dua orang yang terselamat.

Kedua-dua mangsa yang terselamat adalah kru kabin yang berjaya dikeluarkan dari serpihan pesawat yang sedang terbakar.

Pesawat penerbangan 2216 tersebut dalam perjalanan pulang dari Bangkok, Thailand, dengan membawa 175 penumpang dan enam kru.

Ramai penumpang terdiri daripada pelancong yang sedang bercuti.

Menurut laporan, ketika kejadian sekitar pukul 9:00 pagi waktu tempatan, pesawat dilihat mendarat tanpa roda dan meluncur keluar dari landasan sebelum melanggar tembok perimeter lapangan terbang, dan meletup dalam ledakan api.

Rakaman video menunjukkan pesawat tersebut tidak dapat mendarat dengan sempurna kerana masalah teknikal, dengan pilot yang mempunyai lebih daripada 6,800 jam pengalaman terpaksa membatalkan cubaan pertama untuk mendarat akibat gangguan burung.

Menurut agensi berita Yonhap, penumpang yang terkorban terdiri daripada 173 rakyat Korea Selatan dan dua warga Thailand, berumur antara tiga hingga 78 tahun.

BACA: Pesawat Jeju Air Terhempas, 28 Terkorban

Dalam saat-saat yang penuh pilu, ahli keluarga yang terhimpit kesedihan berkumpul di dewan ketibaan lapangan terbang, menunggu untuk mengenal pasti mayat-mayat yang terkorban. Beberapa mangsa hanya dapat dikenal pasti melalui cap jari mereka.

Seorang penumpang dilaporkan menghantar mesej kepada saudara mara mengatakan bahawa burung tersekat pada sayap pesawat, namun pihak berkuasa belum mengesahkan perkara ini.

Editor Airline News, Geoffrey Thomas memberitahu BBC bahawa banyak perkara dalam tragedi ini yang ‘tidak masuk akal’.

Menurutnya, Korea Selatan dan syarikat penerbangannya dianggap sebagai contoh terbaik dalam industri penerbangan dengan rekod keselamatan yang cemerlang.

BACA: Nahas Pesawat Di Muan, Korea Selatan: Semua Kecuali Dua Mangsa Dianggap Meninggal Dunia

Tragedi ini merupakan kejadian terburuk bagi mana-mana syarikat penerbangan Korea Selatan sejak nahas Korean Air di Guam pada 1997 yang meragut lebih daripada 200 nyawa.

Sebelum kejadian ini, ‘nahas paling maut’ di tanah Korea Selatan melibatkan penerbangan Air China yang mengorbankan 129 nyawa.

Jeju Air, yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan merupakan salah satu syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Korea Selatan, turut mencatatkan kejadian maut pertama mereka.

Pihak pengurusan Jeju Air meminta maaf secara terbuka di hadapan media pada Ahad, menyatakan bahawa mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.

Sementara itu, syarikat pembuat pesawat Boeing mengesahkan mereka sedang berhubung dengan pihak syarikat penerbangan Jeju Air mengenai insiden ini.

Pada waktu yang sama, Presiden sementara Korea Selatan, Choi Sang-mok, yang baru sahaja dilantik pada Jumaat, meluahkan rasa takziah kepada semua keluarga mangsa.

BACA: Bekas Presiden AS Jimmy Carter Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Sumber: BBC