Siakap Keli
Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak

Pelakon Titanic, Leonardo Dicaprio Didakwa Terlibat Dalam Squid Game 3

Pelakon Titanic, Leonardo Dicaprio Didakwa Terlibat Dalam Squid Game 3

Aktor tersohor Hollywood, Leonardo Dicaprio, didakwa bakal muncul dalam siri Squid Game 3, lapor Astro Gempak

Khabar angin berkenaan muncul ketika siri terkini Squid Game 2, menjadi fenomena dengan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai sejak ia ditayangkan 26 September lalu.

Susulan itu, timbul persoalan mengenai penglibatan bintang Titanic itu yang didakwa bakal muncul dalam siri arahan Hwang Dong Hyuk itu.

Tambahan lagi, pelakon berusia 50 tahun itu didakwa telah menamatkan penggembaraan dengan Squid Game 3, petik laporan Osen.

Akan muncul sebagai kejutan

Difahamkan, butiran lanjut tentang watak yang bakal digalasnya turut dirahsiakan, sebagal langkah untuk tidak ‘membunuh’ keterujaan peminat terhadap siri ketiga itu.

Bagaimanapun, wakil Netflix menafikan perkara tersebut.

“Kami ada juga mendengar gosip tersebut, tetapi ia tidak benar,” kata wakil Netflix.

Pada 2021, pelakon utama Squid Game bergambar dengan aktor tersebut ketika bertemu pada majlis LACMA Art + Film di Los Angeles.

Pemain 456 Kembali, Trailer Terbaru Squid Game Didedahkan

Kredit: Netflix

Sebelum ini, Netflix mengumumkan penyiaran drama bersiri Korea, Squid Game 2 bakal ditayangkan pada 26 Disember.

Dinding-dinding berwarna kuning, merah jambu dan biru pastel yang ditunggu-tunggu kini kembali. Tangga bersimpang-siur sekali lagi menjadi laluan kepada 456 peserta permainan yang membawa maut.

Menerusi muat naik di laman X, video trailer drama tersebut menunjukkan kemunculan semula beberapa wajah yang sama dari musim pertama. Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Wi Ha-jun, dan Gong Yoo kekal memegang watak mereka dalam musim kali ini.

Beberapa wajah baru turut ditampilkan bagi menambah debaran dengan latar belakang masing-masing yang tersendiri. Antaranya Yim Si-wan, Kang Ha-neul, Park Gyu-young, Lee Jin-uk, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Kang Ae-sim, Lee David, Choi Seung-hyun, Roh Jae-won, Jo Yu-ri dan Won Ji-an.

Sinopsis

Leonardo Dicaprio Squid Game
Kredit: Netflix

Tiga tahun selepas memenangi Squid Game, Gi-hun (Lee Jung-jae) atau digelar Pemain 456 itu kembali menyertai permainan ngeri itu. Gi-hun berusaha meyakinkan pemain-pemain lain untuk berhenti, namun kata-katanya tidak diendahkan.

Disebabkan kehadirannya diragui pemain lain, Gi-hun terpaksa mendedahkan dirinya yang pernah menyertai permainan tersebut.

“Saya pernah main permainan ini. Kita akan mati jika terus bermain,” katanya sebagai amaran.

Kata-katanya bukan sahaja gagal meyakinkan peserta lain, malah menimbulkan tanda tanya motif di sebalik penyertaannya kali ini sedangkan dia mengetahui risiko permainan tersebut. Persoalan ini menyebabkan sekumpulan peserta bertindak mengundi untuk permainan diteruskan. Maka, Squid Game 2 pun bermula.

Sumber; Astro Gempak

BACA: Ketahui Tentang Bird Strike, Salah Satu Punca Pesawat Terhempas

BACA: Kajian Dedah Peratus Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat

BACA: Ini 5 “Kod Kecemasan” Yang Digunakan Dalam Pesawat

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.