Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
tempat duduk Duduk selamat Pesawat
Gambar: AI

Kajian Dedah Peratus Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat

Nur Alissa

Kajian Dedah Peratus Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat

Sejak kebelakangan ini, dunia digemparkan dengan beberapa siri kemalangan udara membabitkan kapal terbang.

Salah satunya, berita mengenai pesawat Azerbaijan Airlines yang dilaporkan terhempas di Aktau, Kazakhstan. Nahas itu menyaksikan 38 orang terkorban manakala 29 lagi selamat dalam kejadian tersebut.

Terbaru, insiden membabitkan pesawat penerbangan Jeju Air yang dilaporkan terhempas sewaktu cuba melakukan pendaratan. Akibatnya, seramai 179 orang terkorban manakala 2 lagi terselamat.

Susulan itu, timbul persoalan dalam kalangan ramai mengenai adakah pemilihan tempat duduk dalam pesawat juga boleh mengurangkan risiko sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini?

Ikuti perkongsian di bawah.

Tempat Duduk Kapal Terbang Paling Selamat?

tempat duduk pesawat
Gambar: AI

Seperti yang semua maklum, kapal terbang boleh memuatkan lebih ratusan penumpang dari kepala pesawat hingga ke ekor pesawat, berserta barangan dibawa bersama. Persoalannya, mana satu tempat paling kurang risiko jika berlaku kecemasan?

Menurut kajian statistik yang dilakukan oleh TIME, berdasarkan rekod dari tahun 1985 ke tahun 2000 dalam Pangkalan Data Kemalangan Pesawat CSRGT Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), mendapati setiap bahagian tempat duduk mempunyai risiko kecederaan yang berbeza.

Berikut adalah antara peratus risiko kecederaan pada bahagian tempat duduk sebuah pesawat:

1. Aisle seat, kabin tengah pesawat – 44 peratus

2. Bahagian satu pertiga tengah pesawat – 39 peratus

3. Bahagian satu pertiga depan pesawat – 38 peratus

4. Bahagian satu pertiga ekor pesawat – 32 peratus

5. Middle seat ekor pesawat – 28 peratus

tempat duduk pesawat
Sumber: TIME

Berdasarkan dapatan analisa, tempat duduk tengah di ekor pesawat adalah yang paling selamat jika mengikut catatan statistik kes kemalangan udara sebelum ini.

Namun, hal ini juga bergantung kepada beberapa aspek iaitu tahap kerosakan yang menjadi punca hempasnya sebuah pesawat dan impak pertembungan pesawat dengan permukaan yang dilanggar.

Tambah FAA dan pakar keselamatan penerbangan lain menyatakan tiada tempat duduk yang paling selamat di dalam pesawat dan kelangsungan hidup adalah secara rawak.

Semoga bermanfaat.

https://time.com/3934663/safest-seat-airplane/

Sumber: TIME

BACA: Ini Benda “Wajib” Kena Buat Sebelum Melancong Dengan Agensi Pelancongan

BACA: Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Tip ‘Lepas’ Imigresen Tanpa Banyak Soal

BACA: Johor Kembali Dilanda Banjir, Kelantan Dan Terengganu Beransur Pulih