Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pizza Perisa 'Asam Pedas' Bawa Tuah, Pengasas Mokky’s Pizza Raih Tempat Ke-3 Pertandingan Antarabangsa

Mokky's Pizza
Kredit: Facebook Mokky's Pizza

Pizza Perisa 'Asam Pedas' Bawa Tuah, Pengasas Mokky’s Pizza Raih Tempat Ke-3 Pertandingan Antarabangsa

Siapa sangka cita rasa tempatan mampu membawa nama Malaysia ke pentas dunia apabila pizza berinspirasikan Asam Pedas keluaran Mokky’s Pizza berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan antarabangsa.

Lebih membanggakan, pengasas Mokky’s Pizza, Shahmi atau lebih dikenali sebagai Mr Mokky, mencipta kejayaan menerusi penyertaan dalam California Milk Pizza Competition (International) yang berlangsung di CIA Napa Valley.

Idea pizza yang diketengahkan dalam pertandingan tersebut menampilkan gabungan unik iaitu “Beef Birria with Malaysian Flavour, meets California Artisan Cheese, on a pizza” dengan sentuhan rasa Asam Pedas yang menjadi identiti masakan Malaysia.

Menerusi perkongsian di media sosial, Mokky’s Pizza meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian tersebut yang dianggap sebagai satu detik istimewa buat jenama berkenaan.

“Daripada Mokky’s ke pentas antarabangsa, akhirnya berjaya berdiri di atas podium,” jelas Mokky's Pizza.

Menurut Mokky’s Pizza, pengalaman menyertai pertandingan berkenaan bukan sekadar mengejar kemenangan, malah menjadi peluang untuk mempelajari perkara baharu, membina hubungan serta memperkenalkan bakat Malaysia kepada komuniti kulinari dunia.

“Pengalaman ini lebih daripada sekadar sebuah pertandingan, ia merupakan peluang untuk belajar, berhubung dan mengetengahkan bakat Malaysia di pentas global,” katanya.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan kreativiti dalam mengolah makanan tempatan mampu mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila digabungkan dengan inovasi dan teknik moden.

Dalam masa sama, Mokky’s Pizza turut merakamkan penghargaan kepada California Milk Advisory Board atas sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan tersebut.

Pencapaian itu pastinya menjadi inspirasi buat pengusaha makanan tempatan lain untuk terus membawa identiti Malaysia ke pentas dunia.

Intipati
  • Shahmi, pengasas Mokky’s Pizza, meraih tempat ketiga dalam pertandingan pizza antarabangsa.
  • Pizza pertandingan itu menggabungkan Beef Birria, rasa Asam Pedas dan California Artisan Cheese.
  • Mokky’s Pizza menyifatkan penyertaan tersebut sebagai peluang belajar dan memperkenalkan bakat Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan