Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Daripada telefon penuh aksesori moden kepada 'flip case' klasik, rupa-rupanya perubahan kecil itu sudah cukup mencuit hati ramai di media sosial.
Malah, ada yang berseloroh mengatakan ia antara 'petanda' seseorang suami sudah mula memasuki fasa 'pakcik surau'.
Perkongsian itu tular selepas seorang pengguna Threads, @aisyah.hazwani, memuat naik satu hantaran yang menghiburkan mengenai perubahan tersebut.
“Tanda-tanda suami kau dah menuju ke dunia pakcik-pakcik surau. HAHAHA,” katanya.
Hantaran berkenaan meraih perhatian ramai, apatah lagi kebelakangan ini semakin ramai lelaki dilihat menggunakan flip case pada telefon pintar masing-masing.
Suatu ketika dahulu, aksesori telefon itu sering dikaitkan dengan golongan bapa atau individu yang lebih berusia kerana reka bentuknya yang ringkas, praktikal dan mampu melindungi telefon dengan lebih baik.
Dalam hantaran berasingan, wanita itu turut berseloroh mengenai tabiat suaminya yang gemar meletakkan telefon berhampiran ketika tidur.

“Tiap malam nak tidur, macam tidur sebelah torchlight,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui pernah beranggapan penggunaan flip case sinonim dengan golongan lebih berusia, namun kini mereka sendiri atau pasangan sudah mula menggunakannya.
“Hahaha... husband pernah kata pakai casing gini macam orang tua,” komen @fzraabdullah.
Seorang lagi pengguna, @black_barrack, turut berseloroh sambil meninggalkan komen yang mencuit hati.
“Pakcik surau pakcik surau jugak, jangan lupa check phone suami,” katanya.
Sementara itu, @isyaeffendy berkata dia juga sudah menggunakan flip case walaupun usianya masih muda.
“Sama la kak, umur baru 23 ahha,” katanya.
Turut berkongsi pengalaman hampir sama, @0suriyatirwan berkata perubahan minat suaminya turut membuatkan dia tersenyum sendiri.
“Semalam suami saya bawa balik surat khabar, katanya lama tak baca surat khabar. Tiba-tiba gelak tak ingat dunia. Saya cakap biasanya orang tua-tua saja baca. Alhamdulillah telah menuju ke pangkal jalan, umur baru 22 tahun,” ujarnya secara berseloroh.
Walaupun sekadar gurauan, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang menganggap perubahan minat seperti menggunakan flip case atau membaca surat khabar bukanlah sesuatu yang pelik.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan