Komposer Lagu Tema Ultraseven, Toru Fuyuki Meninggal Dunia
Komposer Jepun yang terkenal dengan hasil karyanya termasuk lagu tema siri televisyen Ultraseven, Toru Fuyuki atau nama sebenarnya Shoko Maita, meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor The Japan Times.
Pemergian mendiang disahkan akibat pneumonia aspirasi ketika berada di salah sebuah hospital di Tokyo pada 26 Disember lalu.
Dilahirkan pada 13 Mac 1935 di Hsinking, Manchukuo, mendiang telah menggubah sebanyak 286 lagu sepanjang kerjaya muziknya.
Mendiang mendapat pengajian gubahan muzik di Universiti Muzik Elisabeth, Hiroshima dan Kolej Muzik Kunitachi di Tokyo. Mendiang memulakan kerjaya muziknya dengan menyertai Radio Tokyo sekitar 1956 sebagai komposer lagu drama siri televisyen ‘Kurama Tengu’. Syarikat tersebut kini dikenali sebagai TBS Holdings.
BACA: Bekas Ahli Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar Meninggal Dunia
Mendiang kemudiannya menggubah muzik bagi syarikat Tsuburaya Productions selepas meninggalkan TBS Holdings. Antara karyanya termasuk kesan khas siri televisyen yang menampilkan adiwira seperti Ultraseven.
Disebabkan karyanya menghasilkan kesan khas, mendiang mula dikenali sebagai ‘Bapa Muzik Ultra’ termasuk penghasilan lagu tema Ultraseven dan korus tema lelaki bagi ‘Return of Ultraman’.
Selain dua buah lagu ini, mendiang turut menghasilkan banyak karya koir dan lagu mazmur dengan menggunakan nama sebenarnya. Malah, mendiang turut mengajar di Sekolah Muzik Toho Gakuen.
Mendiang turut menggubah lagu siri Ultraman tai Kaijuu, Ultraman Ace, Mirrorman no Uta, Ultraman Taro, dan Ultraman Family Zenin Shuugou. Bagi mereka yang pernah menonton siri Hajime no Ippo, pasti mengenali lagu mendiang yang pernah dimasukkan iaitu Ultra Seven no Uta 99. Lagu ini dipilih menjadi runut bunyi yang terakhir.
Zaman kegemilangannya tidak hanya dalam dunia Ultra. Mendiang juga pernah menggubah muzik bagi siri anime “Fang of the Sun Dougram”.
Terbaru, mendiang sempat menghasilkan album bersama Orkestra Filharmonik Tokyo berjudul Toru Fuyuki Dunia Muzik Animasi “Katori”, Gadis Di Ladang (Tohru Fuyuki Animation Ongaku no Sekai Makiba no Shoujo Katri).
BACA: Komposer Lagu ‘Bersamamu’ & ‘UiTM Dihatiku’ Meninggal Dunia
BACA: Komposer Lagu Suci Dalam Debu, Wan Zul Meninggal Dunia